MY FOLLOWERS

Tuesday, March 1, 2016

Hidupan Liar - Jaga Ketika Sihat dan Sakit .....

Kredit kepada:
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....



Kasihan....



Ini ada dua ekor kucing lain yang tunggu giliran di klinik. 
Seekor sebab kes gatal-gatal, yang seekor lagi sebab kes jatuh.


Pada awalnya masalah pada mata kucing ini ada pada kucing berwarna hitam putih yang berebut ular, yang dipaparkan dalam entri terdahulu. Masalah matanya pulih sendiri, tanpa dititik ubat pun. Kemudian yang seekor ini pula terjangkit cuma keadaannya lagi teruk sebab matanya menjadi seperti bisul dan perlu dibedah. Bila tengok keadaannya, ngeri juga sebab tunggu masa sahaja untuk terkeluar! 

Jadi, minggu lalu, 27.2.2016 kami membawa si kecil ini ke klinik veterinar untuk periksa keadaannya. Bila diperiksa, dia tidak demam cuma waktu itu doktor tiada ubat bius untuk diberikan untuk membolehkan pembedahan dilakukan. Ada disaran untuk ke klinik veterinar yang satu lagi cuma kami pilih untuk abaikan sahaja dan pulang. Sekarang ini matanya yang membisul itu sudah kering dan tunggu masa sahaja untuk pulih sendiri ... dan akan tinggal hanya sebelah sahaja. 


No comments: