MY FOLLOWERS

Thursday, March 3, 2016

Artikel - Tukar Suis Powerwindow

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....




Ini kes biasa bagi kereta Proton, lagi-lagi kalau versi lama. Biasa juga dengar orang merungut tentang sistem kawalan tingkap atau powerwindow yang selalu rosak. 

Dalam sistem powerwindow ini, kena lihat masalahnya sama ada yang rosak itu pada sistem dalam pintunya atau pada kawalan elektroniknya. Kalau sistem dalam pintu, boleh jadi gigi gear yang memusing tingkap rosak. Bila berlaku, akan terdengar bunyi seperti benda bergegar bila suis ditekan. Boleh jadi juga hal lain. 

Kalau sistem elektronik, boleh periksa sendiri dengan menekan semua suis yang ada di setiap pintu. Kawalan utama adalah pada pintu pemandu yang kawal semua suis pintu. Kalau yang ini rosak, yang perlu dibuat ialah buka set suisnya (seperti dalam foto) dan lihat sambungannya. Tidak perlu susah pun, boleh cungkil sahaja dengan pembaris atau yang sesuai sebab tiada skru yang mengetatkannya. Kemudian cabut sambungan wayarnya dan tukar dengan yang baru. Selepas siap pasang, uji sendiri untuk pastikan semuanya kembali pulih.

Sama seperti beberapa komponen lain yang disambung secara plug-in sahaja dan alat gantinya boleh dibeli sendiri di kedai aksesori.



No comments: