MY FOLLOWERS

Tuesday, March 29, 2016

Berita - Karnival TV9 Raudhah di Hatiku 25-26.3.2016 Pulau Warisan, Kuala Terengganu

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Seperti juga pada tahun-tahun sebelum ini, karnival TV9 Raudhah di Hatiku kembali diadakan di Pulau Warisan berdekatan Kampung Cina dan Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Karnival ini diadakan pada 25-26.3.2016.

Kedatangan karnival ini di Terengganu kali ini menjadikan kawasan bandar Kuala Terengganu lebih sibuk daripada biasa atas sebab karnival TimurFest juga diadakan pada tarikh hampir sama iaitu 24-26.3.2016 bertempat di Terengganu Trade Center (TTC).

Kali ini pengunjung dapat bertemu dengan beberapa artis jemputan di khemah seperti Cerekarama, Bananana, Raudhah di Hatiku, dan Lin Nisa yang dikhaskan untuk pengunjung wanita sahaja. Artis yang datang ke sini kali ini ialah Johan Ashaari, Azrel Ismail dan Nisha Dirr. Dalam masa sama, jika ke TTC pengunjung dapat bertemu selebriti lain seperti Danny, Mia Ahmad, Khai dan Rosma, Lan Kristal, Azwan Kombos dan Liza Abdullah.






Promosi siri animasi baru Ejen Ali - watak Ali, Bakar, Alicia dan kucingnya Comot







Sempat juga tengok depan kamera Johan Asaari, Azrel Ismail dan Nisha Dirr




Selebriti dan jemputan lain yang hadir di karnival kali ini ialah Ustazah Sharifah Khasif, Bella Yunus, Da'i Hamidah, Da'i Syallah dan Uyaina.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang bertemu untuk melakukan scan dan rawat secara percuma bagi sebarang penyakit berkaitan gangguan makhluk halus di gerai yang dikendalikan oleh Ustaz Sharhan sendiri. Di gerai itu juga pengunjung boleh juga membeli produk seperti buku panduan perubatan Islam serta beberapa makanan sunnah. 

Turut membuka gerai ialah PDRM dan pihak hospital yang menyediakan kemudahan pengunjung untuk menderma darah. 

No comments: