MY FOLLOWERS

Thursday, March 3, 2016

Hidupan Liar - Siapa Kat Atas Tu?

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....


Kawasan masjid Unisza agak luas dan menghijau, juga ada kemudahan pusat perubatan dan perbankan untuk memudahkan pelajar dan orang awam dengan urusan berkaitan selain kemudahan riadah.

Dua tahun lepas, saya pernah hadiri satu sesi ceramah berkenaan Birdwatching. Daripada maklumat penceramahnya, dinyatakan ada lebih daripada 100 spesis burung juga menghuni kawasan sekitar universiti ini.

 


Hari ini selepas balik dari solat dan ketika berjalan menuju ke parkir kereta, ternampaklah seekor makhluk imi panjat tiang di tepi salah satu tangga masjid hingga ke atas alang siling. Sekali tengok, ingatkan kucing, rupanya seekor musang.



Cari makankah dia? Entahlah... Saya biarkan sahaja.

No comments: