MY FOLLOWERS

Friday, April 1, 2011

Artikel - Berseronok Dengan 5 Jenis Paparan Baru Blogspot!

Credits to: Bangku Kosong, Blogger Buzz!
Gambar ihsan: Dashboard


Assalamualaikum...

Pagi ini, saya agak terkejut bercampur gembira apabila  terdapat satu pop-up dari Blogger Buzz mengenai features terbaru buat semua blogger Blogspot. Pada mulanya, saya bercadang untuk menangguhkan dahulu niat untuk mencubanya, tetapi apabila melihat Bangku Kosong telah mencubanya, saya teruskan sahaja niat saya tadi.

Menarik!

Beginilah hasil paparannya apabila saya mencubanya.

Blog saya menerusi paparan Flipcard


Untuk mencuba, taipkan alamat blog anda http://[URL blog anda]/view/flipcard/ dan klik ENTER. Untuk melihat ringkasan entri, anda boleh seretkan mouse anda ke gambar-gambar yang dipaparkan pada blog. Untuk melihat/membaca entri berkenaan, klik sahaja.



Untuk memudahkan lagi, apabila anda berada di halaman blog pada paparan berkenaan, anda juga boleh mengubah paparan anda ke jenis paparan lain. Seretkan tetikus (mouse la, apalagi...) ke kotak biru dan akan keluar drop down menu seperti di atas. Klik pada mana-mana jenis paparan yang anda suka dan URL anda akan bertukar mengikut jenis paparan yang anda pilih.


Blog saya menerusi paparan Mosaic

Bila anda seretkan mouse, ringkasan entri akan keluar begini (lihat di atas).


Paparan entri penuh akan kelihatan seperti ini (lihat di atas)

Blog saya menerusi paparan Sidebar.


Menarik menerusi paparan ini, susunan entri adalah mengikut kronologi yang disiarkan (publish) dan terdapat nombor-nombor dalam bulatan yang menunjukkan bilangan komen yang diterima pada entri berkenaan.


Blog saya menerusi paparan Snapshot


Anda boleh seretkan mouse ke mana-mana gambar pada paparan ini untuk melihat ringkasan entri berkenaan dan klik jika ingin melihat paparan penuh entri berkenaan. Lihat di bawah.



Blog saya menerusi paparan Timeslide

Untuk paparan Timeslide, sebagaimana jenis paparan lain, jika anda seretkan mouse, paparan jumlah komen diterima untuk satu-satu entri akan dipaparkan dan anda boleh melihat entri penuh apabila anda klik pada gambar berkenaan.

Jika anda ingin tahu bagaimana ingin melihat paparan ini, anda boleh dapatkan caranya DI SINI.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan paparan ini, termasuk bagaimana cara untuk enable dan disable paparan ini DI SINI.

Pautan lain: KLIK SINI.

Selamat Mencuba!!

4 comments:

Admin said...

Salam.
Sempoi kan. :)
Dah cuba blog ni dalam paparan mobile tak? hanya tambah /?m=1 kat belakang url blog.

qasehraihan said...

wawawawa....santeekkkkk!!!


http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/drama-sebabak-antara-krisdayanto-dan.html

THE GREEN said...

HH: tq! yg terbaik....

Roxy zai said...

cool!!!!!!