MY FOLLOWERS

Tuesday, January 25, 2011

Paranormal - Khadam

Credits to: KOL
Gambar ihsan Google Images


Salam...


Khadam ialah pembantu atau orang suruhan yang akan membantu tuannya apabila diminta. Khadam pada asalnya terbahagi kepada dua:
  1. Khadam asal
  2. Khadam bersyarat

Khadam asal

Terdiri daripada rohani malaikat dan jin Islam peringkat tinggi yang mana nama mereka adalah seperti nama malaikat. Ia tidak mendatangkan apa-apa syarat kepada ahlinya untuk berkhidmat.


Khadam bersyarat

Adalah terdiri daripada jin alam rendah sama ada daripada jin Islam atau jin kafir. Golongan ini datang kepada ahlinya dengan perjanjian dan beberapa syarat khusus dan umum sebagai satu ta'abud dan meminta pertolongan. Khadam jenis ini adalah diharamkan oleh Islam.


Khadam bersyarat akan datang menolong ahlinya dengan melalui salah satu daripada cara berikut:
  1. Dampingan luaran - Akan mendampingi dan menolong tuannya melalui luaran sahaja iaitu hanya melalui perbuatan, ucapan atau khosod hati.
  2. Dampingan dalaman - Khadam jenis ini juga dikenalai sebagai Tanasikul Arwah atau penjelmaan khadam atau jin dalam diri seseorang (menurun) dengan menamakan diri mereka semasa menurun dengan nama-nama tertentu seperti Nabi Khidir, Panglima Hitam, Wali Songo dan sebagainya. Jin yang meresapi itu akan menunjukkan keajaiban dan perkara-perkara yang luar biasa seperti bercakap dalam bahasa Siam, Jawa, Arab, dsb. sedangkan sebelum itu orang tersebut tidak mengetahui sedikit pun bahasa-bahasa tersebut.



Berdasarkan buku Saka: Gangguan dan Rawatan

Dalam ilmu perubatan Melayu Islam tradisional menyatakan jenis-jenis makhluk halus yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi, dibahagikan kepada dua:
  1. Pewarisan makhluk yang baik - memberikan khidmat dan mendekati orang-orang soleh tanpa mengenakan sebarang syarat. Ia akan meninggalkan orang soleh tersebut apabila dikehendaki tanpa mendatangkan sebarang mudarat (gangguan) sama ada ke atas diri orang tersebut atau ahli keluarganya.
  2. Pewarisan makhluk yang tidak baik/jahat - dinamakan SAKA. Ia melibatkan gangguan jin dan syaitan.

Pembahagian ini telah dibuat oleh orang-orang soleh di zaman silam yang memahami perkara ini secara meluas berdasarkan pengalaman mereka dan turut diakui oleh logik. Ia turut dinyatakan oleh syariat menerusi ayat-ayat al-Quran dalam Surah Jinn ayat 11 dan 14.



Wallahualam...


Rujukan:
  1. Saka - Gangguan dan Rawatan, Hanafi Rahman El-Fesfanji, Ulul Albab Management Services, Cetakan Pertama Februari 2010.
  2. 300 Hadis Bimbingan, Ustaz Zahazan Mohamad & Ahmad Hasan Mohd Nazam, Telaga Biru Sdn Bhd., Cetakan Pertama Januari 2007.
  3. Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Terbitan Yayasan Restu, Cetakan Kedua 2006.

3 comments:

qasehraihan said...

takut baca..hehe
salam tengah hari dikk..

Unknown said...

seram la malam2 plak aku singgah baca ni... harap2 xde gangguan malam ni

Sebona said...

kire wali songo tu haram lah ea?