MY FOLLOWERS

Thursday, January 20, 2011

Artikel - Apabila Isu Aurat Diremehkan

Credits to: Syok
Gambar ihsan:




Salam....






ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi hangat dibincangkan di media. Teguran juga telah dibuat oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi YB Dato Seri Utama Rais Yatim. Akhbar Sinar hari ini juga melaporkan kisah artis tersebut dan mendapatkan komen dari ibu artis berkenaan yang juga seorang seni terkenal.


Bekas pengajar AF, Cikgu Fatimah (Fathi) adalah ibu kepada artis yang `berkemban' pada malam anugerah tersebut. Apabila ditanya oleh wartawan berkaitan kritikan dan teguran orang ramai termasuk dari Menteri darihal kelakuan lucah dan tidak bermoral anaknya itu, Cikgu Fathi seakan seperti mengamuk dan marah. Beliau mahu isu tersebut dihentikan kerana beliau menganggap itu sebagai isu remeh temeh.


Bagaimana seorang ibu boleh mengamuk dan marah apabila ada orang lain prihatin akan kelakuan anaknya yang terang-terang `bertelanjang' di khalayak ramai? Sepatutnya beliau bersyukur kerana masih ada orang yang sudi menegur anaknya sekiranya beliau sebagai seorang ibu gagal membentuk keperibadian dan moral anak gadisnya itu. Malangnya, beliau masih ego dan lebih suka cerita anaknya mendapat anugerah daripada mendengar teguran terhadap perangai buruk anaknya itu.




Gambar hiasan




Jika inilah perangai seorang ibu, wajarkah beliau menjadi pendidik dan dipilih sebagai tenaga pengajar di dalam AF di masa-masa akan datang? Inikah contoh dan teladan yang ingin dibawa oleh beliau kepada anak muda yang mencintai seni?


Stesen TV dan juga pihak penganjur juga patut dipersalahkan di dalam hal ini. Pihak berkenaan seolah-olah mempersendakan Menteri yang hadir di malam tersebut dengan mempamirkan artis `bertelanjang' ini. Sewajarnya YB DSU Rais Yatim memanggil pegawai yang bertanggungjawab untuk memberikan alasan mengapa perkara seperti ini boleh berlaku.




Sumber

8 comments:

Syafiq Rosli said...

sekarang ni..mcm dah xde halangan je nak open kan

Amanie Ashraff said...

bila yg haram dianggap halal

Misz-sakura said...

xkan la miskin sgt kot nk beli kain lebih..huhu macam nih lah bila dunia akhir zaman.

Anitadahahs said...

sekarang ni, tepuk dada tanya selera. Mungkin itu yang membuatkan dia bahagia dan senang dengan cara macam tu. Tapi bila dah sampai waktu, InsyaAllah ada jalan untuk orang2 macam ni. Muhasaabah diri jugak.. ;)

✿...fazilahpajil...✿ said...

la ank cikgu fatimah ke..npe xmcm mak nye..huhu

BLADE EDGE said...

salam...

syafiq: smua pihak kene ambik peranan, xblh ambik mudah isu aurat ni..

amanie: bila mcm tu..makin dkat la kita dgn kiamat..diorg xsedar lg ker?

sakura: kain byk berjela2 kat kedai..xcukup tu, alasan jer...

anita: tepuk dada tanya iman..

fazilah: mmg anak ckgu fatimah pun! :-)

Roxy zai said...

bknnya baru dilamun cinta..dah nak dkt 3 thn dah bercinta ni^___^

Syazana Aziz said...

sensitip isu aurat ni. maybe mak dia marah orang tegur penampilan anak dia sebab dia sendiri tak larang anak dia pakai macam tu.. ye tak??