MY FOLLOWERS

Saturday, September 4, 2010

Jalan-jalan Cari Makan - Menu Berbuka Puasa

Kredit kepada:
Gambar ihsan: Google Images

Assalamualaikum...




Pastinya berbuka puasa tidak lengkap jika tiada menu-menu menarik sepanjang bulan mulia ni. Sesekali berbuka puasa di luar beramai-ramai tidak kiralah bersama rakan-rakan atau keluarga semestinya menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan. Barangkali untuk meraikan sesuatu seperti hari lahir, dapat gaji, sebagai tanda kesyukuran, menyambut kepulangan orang tersayang, apa sahaja sebab untuk sesekali berbelanja besar makan di luar.

Di hari-hari lain, berbuka puasa di rumah memberikan suasana selesa dan lebih menjimatkan kos. Jadi, memasak lauk dan menyediakan juadah sendiri lebih menjadi pilihan kerana lebih memenuhi citarasa dan selera seluruh ahli keluarga. Bagi yang ingin menyediakan juadah sendiri, mungkin boleh cuba menu di bawah:






 NASI GORENG BERIANI


Bahan-bahan:
  1. 4-5 sudu besar minyak masak
  2. 5 cawan nasi
  3. 2 sudu besar rempah beriani } dibancuh dengan sedikit air
  4. 300 g daging ayam } dipotong kecil - boleh ganti dengan daging lembu jika suka
  5. 2 cawan sayuran campur beku
  6. 5 tangkai cili kecil } diketuk - suka pedas tambah lagi
  7. 1 sudu kecil paras rata jintan putih/halus (cumin) - TAK perlu tumbuk
  8. sedikit serbuk kunyit

Bahan A:
  1. 1 labu bawang besar - dicincang
  2. 5 ulas bawang putih - dicincang halus/ditumbuk
  3. 2 cm halia - dicincang halus/ditumbuk

Bahan sampingan:
  1. Hirisan timun
  2. Hirisan daun ketumbar
  3. Bawang goreng

Cara membuat:
  1. Panaskan minyak dan goreng bahan A sehingga kekuningan
  2. Masukkan rempah beriani , jintan putih dan serbuk kunyit, goreng sebentar sehingga wangi kemudian masukkan ayam
  3. Bila ayam masak dan airnya kering masukkan nasi, sayuran , cili api dan garam secukup rasa, goreng sehingga sebati
  4. Angkat hidangkan bersama timun, taburan bawang goreng dan hirisan daun ketumbar jika suka.


----------





NASI GORENG KERABU

Bahan-Bahan:
  1. 4 cawan nasi sejuk
  2. 2 ulas bawang merah-ditumbuk
  3. 2 ulas bawang putih-ditumbuk
  4. 10 biji cili api-ditumbuk
  5. 100 gm Isi ayam dipotong kecil
  6. 100 gm udang
  7. 100 gm Ikan bilis goreng
  8. 1 batang serai
  9. 1 batang bungan kantan
  10. 1 helai daun kunyit
  11. 3 helai daun limau purut
  12. 5 batang kacang panjang
  13. 5 batang kacang botol
  14. 5 putik jagung muda
  15. 1 batang lobak merah kecil- potong dadu
  16. Sedikit garam
  17. Minyak
  18. Sos ikan/nampla

Cara:
  1. Mayang halus bahan sayur.
  2. Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus.
  3. Apabila sudah garing masukkan ayam, udang dan biarkan seketika.
  4. Kemudian masukkan nasi dan kacau.
  5. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan juga bahan-bahan yang telah dimayang.
  6. Kacau hingga rata dan renjiskan sos ikan.
  7. Bila sayur tu nampak agak layu bolehlah diangkat dan hidangkan.


----------  




NASI GORENG UDANG

Bahan-bahan:
  1. 2 pinggan nasi putih
  2. 1 cawan udang basah besar (buang kulitnya dan tinggal bahagian ekor sahaja]
  3. 1 cawan sayur campur [mix vege]
  4. 1 biji telur (dipukul)
  5. 2 ulas bawang putih [ketuk]
  6. 1 s/k lada hitam
  7. 1 biji laga merah [cincang]
  8. 1 pokok daun bawang [ mayang]
  9. Garam secukup rasa
  10. Minyak

Cara:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan udang dan mix-vege dan kacau ratau.
  3. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau.
  4. Masukkan nasi serta sedikit garam dan gaulkan rata.
  5. Tutup api dan angkat.
  6. Hidangkan bersama daun bawng dan bawang goreng.



---------- 






SALAD BUAH-BUAHAN

Bahan-bahan:
  1. 2 biji epal hijau
  2. 2 biji epal merah
  3. 2 biji mangga (yg masak tapi keras)
  4. 1 biji betik exotica
  5. 1 tin nenas kiub
  6. anggur merah dan hijau
  7. kismis hitam dan kuning
  8. 3 cawan yogurt (sebarang perisa buah-buahan)
  9. 3 cawan ice-cream vanilla
  10. 3 s/b oren sunquick

Cara:
  1. Potong dadu semua bahan yang besar.
  2. Gaul rata bersama yogurt semua bahan-bahan lain.
  3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
  4. Dihidangkan dalam mangkuk kecil


----------  





 SALAD BUAH

Bahan:
  1. 1 biji buah epal
  2. 300 g honey dew
  3. 300 g anggur hitam
  4. 300 g anggur hijau
  5. 300 g strawbery
  6. 2 cawan yogurt perasa rasbery atau apa-apa perasa buah yang digemari
  7. 1 cawan single cream (fresh cream)
  8. 2-3 sudu besar gula jika suka

Jika suka boleh guna buah-buah mengikut selera masing-masing seperti jambu batu, betik, dll.


Cara membuat:

Buah dipotong dadu, campurkan kesemua bahan dan sejukkan dalam peti sejuk, sedia untuk dihidangkan.


 ----------






DADIH

Bahan-bahan:
  1. 1/2 pek agar-agar (daripada pek agar-agar 25gram)
  2. 1 liter susu segar
  3. 6 1/2 gelas air
  4. 1 gelas gula
  5. secubit garam
  6. 2 sudu besar susu tepung

Cara-caranya:
  1. Agar-agar dan air di masak hingga hancur dalam periuk
  2. Masukkan gula dan garam, biar hingga hancur/ sebati
  3. Masukkan susu segar dan susu tepung (terlebih dahulu bancuh susu tepung dengan air dalam periuk, kalau masuk terus susu tepung dalam periuk tanpa dibancuh, takut susu akan berketul)
  4. Kacau sebati seketika then angkat (tak perlu didihkan lagi sebab susu segar benda yang ready to drink, memang sudah sedia masak)
  5. Tapis dan masukkan dalam acuan

P/S :  
Untuk perisa strawberry & coklat, beli susu segar yang berperisa tersebut, untuk lain-lain perisa guna susu segar yang asal dan tambahlah dengan bahan perisa yang digemari eg: laici, oren, etc (beli perisa double lion jerr)



SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERBUKA 
SELAMAT MENCUBA!!


SELAMAT HARI RAYA......

2 comments:

nabilah_2908 said...

owh...sy tertarik dgn dadih tu...

mudah rupanya nak buat... ;)

NICK IRFAN said...

mmg terliur aku tgk! perghh!!