MY FOLLOWERS

Tuesday, September 7, 2010

Artikel - Allah Mencipta Alam Semesta

Kredit kepada: Koleksi Hadis Nabi & Penggerak Muslimin    
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum...  

 





Dalam segala bidang keilmuan, kita tidak dapat lari daripada kebergantungan terhadap kewujudan kuasa Allah s.w.t. yang menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada, terutama sains. Banyak sudah tulisan ilmuan Islam dari dulu hingga kini yang menyatakan pelbagai bukti penglibatan dan wujudnya kuasa Allah s.w.t. Yang Maha Mencipta. Dan kita semestinya tidak dapat lari dan menafikannya. Firman Allah:


Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).(Surah Yunus: ayat 61)

Rujuk sini


Dalam Islam, terdapat hadis sahih yang menyatakan kita tidak akan tersesat selagi kita berpegang kepada kedua-duanya iaitu al-Quran dan as-Sunnah (hadis):

“Aku tinggalkan dua perkara untuk kalian. Selama kalian berpegang teguh dengan keduanya tidak akan tersesat selama-lamanya, yaitu Kitabullah dan Sunnahku. Dan tidak akan terpisah keduanya sampai keduanya mendatangiku di haudh (Sebuah telaga di syurga, Pen.).” (HR. Imam Malik secara mursal (Tidak menyebutkan perawi sahabat dalam sanad) Al-Hakim secara musnad (Sanadnya bersambung dan sampai kepada Rasulullah ) – dan ia menshahihkannya-) Imam Malik dalam al-Muwaththa’ (no. 1594), dan Al-Hakim Al Hakim dalam al-Mustadrak (I/172).

 

Secara umumnya selain kisah-kisah Nabi, peperangan, teknologi, peringatan, dan pengajaran, segala petunjuk ilmu dalam aspek kehidupan daripada sebesar zarah sehinggalah sebesar angkasaraya (universe) juga ada dinyatakan dalam kedua-dua sumber ini. Manusia diberikan akal untuk mencari jawapan dan kebenaran dalam setiap kejadian.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. (Surah Az Zumar: ayat 21)




Kenapa kita perlu bergantung kepada al-Quran dan as-Sunnah?

Saya bukanlah seorang ustaz untuk menyatakan secara berlebih-lebihan dalam topik yang menyentuh perihal agama secara mendalam. Tetapi sebagai seorang insan yang serba kekurangan, memadailah menyentuh hanya sedikit dan dalam lingkungan pengetahuan saya sahaja. 

Pada pandangan saya, manusia tidak mampu untuk melakukan segalanya sendiri. Sebagaimana saya sendiri (contohnya :-D ) perlu meletakkan sumber rujukan artikel ini untuk rujukan pembaca/bloggers agar maklumat yang ingin disampaikan lebih jelas dan meyakinkan. Pelayar di laut juga menggunakan panduan kompas, arah angin dan bintang-bintang di langit untuk mengemudi kapalnya. Kenapa? Kerana manusia diciptakanNya dengan kemampuan yang terbatas dalam semua aspek

Oleh kerana pengetahuan manusia itu terbatas, maka diturunkan kepada manusia Al-Quran, bagi petunjuk dan rahmat untuk kita (manusia) dalam menjalani kehidupan di dunia dan persediaan menuju kehidupan yang sebenar, iaitu di akhirat. Sekiranya Allah yang Maha Berkuasa tidak menetapkan takdir ini, maka porak-perandalah manusia tanpa arah tujuan.

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. (Surah al-A’raaf: ayat 52)

Rujuk sini


Al-Quran juga dipelihara ketulenannya daripada diseleweng oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Maka segala sumber pengetahuan yang disampaikan memang jelas boleh diyakini dan dibuktikan kebenarannya. Bahkan semua umat manusia tidak kiralah Islam mahupun bukan Islam mengakui kebenaran ilmu pengetahuan yang dikaji bersumberkan al-Quran dan hadis.



Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah al-An’am: ayat 115)


Firman Allah:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz-Dzikr, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Surah Al-Hijr: ayat 9)

Adz-Dzikr dalam ayat ini mencakup Al-Qur’an dan bila diteliti dengan cermat, mencakup pula As-Sunnah.






Bagaimana pula bagi yang menafikan kewujudan Tuhan dalam aspek kehidupan?

Dalam Islam, kita meyakini bahawasanya segala pengetahuan seperti sains, geografi, sejarah, teknologi, dll. itu adalah dari Allah s.w.t. Justeru, bagaimana seharusnya kita ingin menafikan penglibatan dan kewujudanNya dalam kehidupan? Dalam al-Quran sendiri, Allah menjelaskan:



Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).(Surah Yunus: ayat 61)


Sekiranya dari aspek sains, akan sampai ke satu tahap di mana wujudnya keadaan seperti 'hanging' dalam kajiannya. Kenapa begitu? Pada hemat saya, ia kerana kajian sains tersebut tidak dikaitkan dengan kewujudan kuasa Tuhan dalam kajiannya. Seolah-olah ada satu 'benteng', 'jambatan putus' atau 'missing puzzle' yang menghalang akal daripada sampai ke tahap yang lebih tinggi. Ya, saya dapat rasakan wujudnya keadaan ini setelah membaca artikel-artikel berkaitan sains yang banyak disiarkan di majalah dan internet kebelakangan ini. Sekaligus membuktikan akal manusia itu memang terbatas keupayaannya. Bagaimana melepasi 'benteng' atau mencantumkan puzzle ini? Bagi saya, cuma satu cara - mengaitkan kewujudan dan penglibatan kuasa Yang Maha Agung dalam kajian berkenaan. Berbanding kajian para ilmuwan Islam, sains Barat banyak yang menafikan kewujudan Tuhan dalam kajian-kajiannya. Pendapat, teori dan hipotesis (mungkin...) para saintis Barat adalah buktinya. Anda boleh rujuk artikel Yahoo! News di bawah ini:



"Because there is a law such as gravity, the universe can and will create itself from nothing. Spontaneous creation is the reason there is something rather than nothing, why the universe exists, why we exist," Hawking writes.


Sejujurnya saya tidak menyukai kenyataan yang dikeluarkan oleh Stephen Hawking dalam artikel berkenaan sedangkan kita meyakini bahawasanya hanya Allah berkuasa mencipta sesuatu daripada tiada kepada ada. Alam yang luas ini tidak akan terjadi dengan sendirinya tanpa satu kuasa (saya sifatkan sebagai ultimate power) yang mampu menciptanya. Bagaimana pula anda semua? Saya sangatlah terkilan dan kasihan kepada manusia yang tidak diberikan hidayah dalam perjalanan hidupnya meneroka ilmu pengetahuan. 


Bagi saya, kehidupan manusia itu sangat menyedihkan tanpa petunjuk dan panduan daripada Allah s.w.t. Wallahualam...

1 comment:

Anonymous said...

segala pengetahuan itu datangnya dari Allah. meskipun mereka mengaku dapat membuktikan secara saintifik namin at the end mereka akan menemui jalan buntu dan akan kembali kepada kewujudan Allah adalah punca segala kejadian..
sebab tu sebenarnya ramai saintis yang masuk Islam tapi dirahsiahkan..