Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum.....
Sambungan daripada bahagian terdahulu - Bhgn 4
Pautan ke Bhgn 1 hingga 3 ada dalam pautan Bhgn 4. Harap maklum.
Emas dan perak sebagai rizab menyokong nilai matawang negara (non-investment)
Emas dan perak telah lama menjadi penyokong nilai matawang sesebuah negara. Amerika Syarikat sebagai contoh dahulunya mempunyai standard emas dan perak yang tersendiri di mana setiap US Dollar yang dicetak akan disokong oleh nilai emas/perak yang sama nilainya di dalam simpanan. Sehingga tahun 1934, sesetengah wang kertas Amerika boleh ditukar dengan emas/perak yang sama nilainya.
Fakta yang menarik, kan?
Ini adalah contoh wang kertas US Dollar yang disokong oleh emas dan perak. Ia ibarat sijil yang mewakili emas atau perak.
Matawang USD10 yang disokong oleh nilai emas.
Matawang USD5 yang disokong oleh nilai perak.
Wang kertas Malaysia juga ialah wang fiat.
Ini kerana kertas itu sendiri tidak ada nilai, tetapi yang menyebabkan matawang kita bernilai ialah kerana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia yang mengiktiraf kertas bercetak itu sebagai wang.
Apa akan jadi sekiranya wang fiat tidak diiktiraf kerajaan?
Jawapannya, wang tersebut akan jadi tidak laku!
Ingatkah lagi kisah syiling RM1? Bukankah pada masa itu, kita selalu gunakannya untuk beli apa-apa keperluan. Namun, mulai 7 Disember 2005 syiling ini telah diistiharkan tidak sah diperlakukan oleh Bank Negara Malaysia dan dikeluarkan dari pasaran. Jadi, sesiapa yang masih ada menyimpan wang ini, ia kini sudah tiada nilainya.
Syiling RM1 ini yang laku suatu masa dahulu tetapi tidak lagi di zaman sekarang.