MY FOLLOWERS

Sunday, January 22, 2017

Hidupan Liar - Harimau Bakal Kembali Mengaum di Asia Tengah

Kredit kepada: NY Post
Gambar ihsan: Google Images

Assalamualaikum.....


Harimau bakal kembali mengaum di Asia Tengah.


Harimau Kaspia yang merupakan salah satu spesis dari keluarga kucing yang hidup, sebelum ini biasa ditemui di Turki dan Asia Tengah termasuk Iran, Iraq dan barat laut China sebelum ia semakin pupus. Kini pihak pengkaji percaya yang mereka boleh mengembalikan subspesis ini yang hampir kepada spesis kucing besar.


Saintis telah berbincang kemungkinan memperkenalkan semula keluarga kucing ini sejak seabad dahulu. Dalam kajian terkini, yang diterbitkan dalam Biological Conservation oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti New York (SUNY) dan World Wide Fund for Nature, membentangkan rancangan mereka buat kali pertama.       



Kajian sebelum itu menunjukkan struktur genetik hampir serupa antara harimau Kaspia dan Amur, yang juga dikenali sebagai harimau Siberia. Kajian terkini menjurus ke dua kawasan di Kazakhstan, kawasan yang mungkin berpotensi untuk spesis ini berkembang biak. Kawasan itu berhampiran Sungai Ili dan pantai di Tasik Balkhash. Pun begitu, ada beberapa perkara yang perlu disediakan dan diberi perhatian terlebih dahulu antaranya pagar sempadan, kawalan bekalan air oleh Kazakhstan dan China, pengembalian haiwan mangsa untuk harimau dan perihal keselamatan daripada populasi tempatan. Pengkaji menganggarkan apabila mereka sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkaitan, mereka sudah boleh meningkatkan populasi harimau ini daripada 40 ekor kepada 100 ekor dalam masa 50 tahun.


Persoalan masih berlegar berkaitan kematian harimau Kaspia. Pihak IUCN dengan rasmi telah mengisytiharkan kepupusan spesis ini pada 2003 lalu, walaupun ada sesetengah laporan mengatakan tiada satu pun dikesan wujud dalam sedekad hingga 1950an. Kepupusannya disebabkan pemburu Soviet Union yang meracun dan memerangkap spesis ini, begitu juga akibat projek pengairan mereka yang turut memusnahkan habitat harimau ini.

"Habitat harimau Kaspia sangat luas. Bila ia hilang, jumlah negara yang ada populasi harimau berkurangan lebih daripada separuh." kata James Gibbs, ahli kumpulan pengkaji dan pengarah Roosevelt Wild Life Station di SUNY ESF.


Menurut ESF, kini ada sekitar 520 hingga 540 ekor harimau Amur di dunia, dan ia merupakan satu-satunya subspesis yang bertambah pada 65 tahun kebelakangan ini.


Kazakhstan sedia untuk menjadi tempat hidup harimau dan diharapkan akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan simpanan Ili-Balkhash dan bakal membantu menarik pelancong.



Kembali mengaum dan berkuasa:  SINI  | 


No comments: