MY FOLLOWERS

Saturday, January 7, 2017

Berita - Corat-coret Program Memanah TAC November dan Disember 2016 - Bhgn 1

Kredit kepada: TAC, RST, Surau Al-Iman, UMT, dll.
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Selama 3 hari berturut-turut pihak TAC menerima jemputan mengadakan program memperkenalkan sukan memanah tradisional di beberapa lagi lokasi sekitar Kuala Terengganu. Pun begitu, acara diadakan dalam suasana hujan lebat berikutan musim tengkujuh pada setiap hujung tahun.   


Pada 29.11.2016, pihak TAC telah mengadakan sesi pengenalan sukan ini di Surau Al-Iman di Kampung Losong Lebai Salleh. Acara sepatutnya bermula sekitar jam 10 pagi, namun disebabkan hujan lebat, maka ia ditangguhkan ke waktu selepas solat Zohor. Acara ini adalah sebahagian daripada jadual program bagi pelajar-pelajar yang menyertai kem tahfiz pada hari berkenaan dan ia diadakan di bawah kanopi yang disediakan oleh pihak surau. Sekitar 150 pelajar menyertai acara ini.  Acara ini diadakan di bawah kanopi disediakan pihak masjid selepas semua pelajar selesai makan dan solat Zohor.








Pada 30.11.2016, acara ini diteruskan di surau lama di Kampung Durian Burung dan seramai 16 lelaki dan 9 perempuan menyertainya. Pada 1.12.2016 acara memanah ini diteruskan di Masjid Mengabang Telong sebagai satu program dalam jadual bagi pelajar kem tahfiz cuti sekolah. Acara diadakan jam 9 pagi dan berakhir jam 12 tengahari.  


7.12.2016
Program Memanah di UMT diadakan sebagai mengisi slot jadual Kem Aulad bagi anak-anak staf UMT. Acara melibatkan seramai 70 pelajar dan 10 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar UMT. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dan sebanyak 6 papan sasaran disediakan untuk mereka mencuba aktiviti ini. Acara ini diadakan pada pukul 10 pagi hingga 12.30 tengahari.


10.12.2016
Acara Memanah bagi Rimayah Sunnah Terengganu diadakan bermula jam 9 pagi. Pertandingan kecil ini diadakan di sebuah gudang berdekatan Sabasun Gong Badak. Seramai 11 orang menyertai. Acara ini diadakan dengan 9 panah dan 3 pusingan atau end, terdiri daripada cara berdiri, duduk dan pusing belakang.






24.12.2016
Pusat Memanah TAC dijemput membuka kanopi untuk memanah kepada para peserta Reunion PLKN yang diadakan di Dataran Alur Limbat, Bukit Payung. Acara bermula jam 9.30 pagi di padang dataran itu tanpa sebarang masalah cuaca buruk meskipun ketika ini musim tengkujuh. Para peserta adalah daripada kalangan pelajar PLKN tahun 2014 hingga 2016 seramai lebih kurang 400 orang. Sepanjang acara, turut diadakan gerai pameran dan jualan.


No comments: