MY FOLLOWERS

Sunday, October 2, 2016

Hidupan Liar - Misteri Raksasa Loch Ness - Betul Ke Tipu??

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....

Betul ke tipu??





Satu foto yang berjaya dirakam oleh jurufoto amatur di Scotland telah mencetuskan kejutan besar kerana menunjukkan kewujudan sejenis raksasa dongeng dipanggil Loch Ness.

Jurufoto itu Ian Bremner berusia 58 tahun, seorang pekerja di gudang wiski sebenarnya berada di kawasan itu untuk mencari rusa. Pada Sabtu lalu, dia merakamkan foto raksasa ini yang kelihatan berada dekat dengan pantai antara dua kampung di tenggara tasik itu.

Tiada perkataan yang tepat untuk menjelaskan tentang imej ini tetapi ia jelas menunjukkan makhluk itu atau ada sebahagian yang mencadangkan ia mungkin tiga ekor singa laut. Akhbar The Scotsman memaparkan artikel berkaitan penemuan ini di muka depannya.

"Ini kali pertama saya nampak raksasa ini. Agak menakjubkan kalaulah saya menjadi orang pertama yang menemuinya." kata Bremner.

Penemuannya merupakan satu lagi daripada lebih 1000 penemuan sama yang dilaporkan tentang makhluk misteri ini, sesuatu yang telah menarik perhatian orang sejak bertahun-tahun lamanya. Penemuan ini dikatakan menjadi perdebatan berterusan dengan sebahagiannya menyatakan ia adalah penipuan atau disebabkan oleh fenomena biasa, contohnya kayu balak.



Sumber penuh ketidakpastian:  SINI  | 


No comments: