MY FOLLOWERS

Sunday, October 2, 2016

Artikel - Cabaran Memanah Qurban 1437H Anjuran TAC Pada 17.9.2016

Kredit kepada:  
TAC, DTG, Arrouha, JS Network, Meraga Sukma, Kemdi, Aswat, As-Sakaf, Al-Fateh Archery Range (AFAR), Unisza.
Gambar ihsan: FB Pusat Memanah Terengganu, owner


Assalamualaikum.....


Pada 17.9.2016 telah diadakan pertandingan memanah dinamakan Cabaran Memanah Qurban 1437H anjuran Pusat Memanah Terengganu (TAC) bertempat di Lapang Sasar Pusat Kecemerlangan Sukan Unisza. Acara bermula jam 8 pagi dengan pendaftaran dibuka kepada dewasa dan kanak-kanak. Sekitar 30 orang menyertai acara kali ini.

Kategori dipertandingkan juga dipecahkan kepada kategori dewasa dan kanak-kanak.

Untuk kategori kanak-kanak, acara adalah dibahagi mengikut jarak iaitu 30m, 10m dan 5m (fast shooting). Manakala bagi dewasa adalah mengikut jarak 60m, 30m tangan kanan, 30m tangan kiri, 50m belakang, 10m (fast shooting) dan Clout Shooting menggunakan busur Jati Tunggal dengan jarak 80m.

Beberapa kelab telah menghantar peserta menyertai acara ini iaitu Meraga Sukma, Kemdi, TAC, Aswat, As-Sakaf dan Al-Fateh Archery Range (AFAR). 




Di meja urusetia...


Hadiah disediakan untuk para pemenang




Penerangan tentang format pertandingan kepada para peserta


Kategori kanak-kanak


Sesi latihan sebelum bertanding



Kecederaan yang sesungguhnya tidak dapat dielakkan.... huhuhu



Kiraan markah




Clout shooting







Hadiah untuk para pemenang adalah berupa sijil penyertaan, pingat, dan busur panah daripada penaja. Hadiah disampaikan oleh tetamu jemputan dari Arrouha Sports and Outdoors. 


Acara kali ini turut mendapat penajaan daripada TAC sendiri, Arrouha selaku penyumbang hadiah untuk peserta, JS Network menyumbangkan makanan dan kurma, Dewan Tok Guru (DTG) dan orang perseorangan yang telah memberi sumbangan kewangan untuk kelancaran acara ini.    



No comments: