MY FOLLOWERS

Friday, October 14, 2016

Hiburan - Legion

Kredit kepada: Wiki
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Mutan X-Men generasi baru


Legion merupakan satu siri tv sains fiksyen berdasarkan watak-watak dalam komik keluaran Marvel ciptaan Noah Hawley untuk siaran Fox, dan merupakan siri pertama oleh Marvel Television yang tidak berada dalam persekitaran Marvel Cinematic Universe. Siri ini merupakan yang stand-alone dalam francais X-Men. Ia menampilkan watak-watak mutan seperti dalam siri X-Men dengan menampilkan mutan generasi baru. Pihak penerbitannya menyatakan siri ini berada dalam alam yang selari dengan siri filemnya dengan garis waktu yang berbeza.

 


Ringkasnya, David Haller, seorang lelaki yang didiagnos dengan gangguan identiti pelbagai, bergelut dengan masalah mental yang dihadapinya sejak usia remaja. Namun semuanya berubah apabila dia bertemu seorang gadis dalam mimpinya yang merupakan seorang pesakit dan berdepan kemungkinan suara yang didengari dan visi yang dilihat adalah benar. 

Watak David digambarkan dalam komik sebagai anak Profesor Xavier dan seorang pesakit yang dirawatnya di sebuah pusat psikiatri, Gabrielle Haller.

Menampilkan Dan Stevens, Rachel Keller, Jean Smart, Aubrey Plaza, Jeremie Harris, Amber Midthunder, Katie Aselton, Bill Irwin.


Bertukar-tukar kuasa dan identiti:  SINI   |    SINI   |   



No comments: