MY FOLLOWERS

Thursday, September 1, 2016

Artikel - Cabaran Memanah Merdeka 2016 di Sabasun Gong Badak 27.8.2016

Kredit kepada: TAC
Gambar ihsan: Owner, Fb TAC


Assalamualaikum.....


Pada Sabtu lalu iaitu 27.8.2016 telah diadakan pertandingan memanah dinamakan Cabaran Memanah Merdeka 2016 yang telah diadakan di perkarangan Sabasun Gong Badak. Pertandingan memanah ini bertemakan 'Merdeka Sehati Sejiwa' sebagai menyambut Hari Kemerdekaan pada  31hb ini. Pertandingan ini bermula jam 8 pagi sehingga 3.30 petang.

Pertandingan ini disertai seramai 40 orang peserta dari kelab-kelab memanah seperti TAC, GMT, Meraga Sukma, Fatih, AFAR, dan KEMDI. 








Berkumpul sebelum memulakan acara



Juri dan pencatat markah







Berlatih sebentar sebelum bertanding













Kategori dipertandingkan kali ini adalah individu dan berpasukan seramai 5 orang. Bagi acara individu, peserta perlu melengkapkan kesemua 4 pusingan dengan setiap satunya memerlukan peserta memanah sasaran dengan 10 anak panah dalam masa 80 saat. Kesemua 4 pusingan adalah dengan kriteria memanah bebas pada jarak 40 meter, memanah sambil duduk sejauh 15 meter, memanah berdiri dengan tangan kanan sejauh 15 meter dan dengan tangan kiri sejauh 15 meter. Kesemua peserta menggunakan busur tradisional dan anak panah jenis bebas.  Pemenang dikira berdasarkan markah terkumpul yang tertinggi dan markah bonus diberikan bagi mereka yang memakai baju kelab atau baju busana.





Bagi acara berpasukan, setiap ahli menggunakan 5 anak panah dan perlu melengkapkan semua 5 cabaran dengan menjawab soalan objektif berkaitan kemerdekaan negara dan memanah jawapan pada papan sasaran disediakan, iaitu warna merah, kuning, hitam dan biru. Sebagai tanda selesai cabaran, kesemua 5 ahli pasukan perlu berkumpul bersama dan mengibarkan bendera Malaysia yang disediakan. Pasukan yang menang dikira bagi jawapan yang betul dalam masa yang terpantas. 









Makanan dan minuman disediakan oleh AJK yang bertugas iaitu mihun goreng dan nasi berlauk. Manakala hadiah untuk pemenang pula berupa hamper, pingat, sijil dan busur panah. Hadiah adalah sumbangan Sabasun Gong Badak dan pihak TAC sendiri.


No comments: