MY FOLLOWERS

Thursday, September 1, 2016

Animasi - Attack on Titan

Kredit kepada: Wiki, Yahoo, Filmxy
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Attack on Titan ialah satu siri komik atau manga Jepun ditulis dan dilukis oleh Hajime Isayama. Siri ini mula disiarkan dalam majalah Bessatsu Sh¨­nen terbitan Kodansha pada 9 September 2009, dan dicetak dalam 19 jilid mulai April 2016. Siri ini mengambil tempat ketika manusia tinggal di bandar yang dilindungi tembok tinggi sehingga 50 meter bagi melindungi diri dan kehidupan mereka daripada serangan makhluk gergasi Titan yang akan memakan manusia tanpa sebarang sebab. Cerita bertumpu pada Eren Yeager, bersama adiknya Mikasa Ackerman dan kawannya Armin Arlert, masing-masing menyertai tentera bagi melawan Titan selepas kediaman mereka dalam tembok gergasi ini dicerobohi Titan dan ibunya dimakan oleh salah satu Titan itu. Apabila ceritanya berkembang, fokus beralih kepada Historia Reiss, ketua skuad Levi, dan beberapa watak lain yang berkaitan.


Siri animasi telah diterbitkan oleh Wit Studio dan disiarkan di Jepun pada 2013 dan musim keduanya disiarkan pada April 2017. Dua buah filemnya iaitu Attack on Titan dan Attack on Titan: End of the World, dan siri di laman web telah diterbitkan pada 2015.  






Plot

Lebih dari 100 tahun sebelum siri bermula, makhluk gergasi dipanggil Titan muncul dan hampir melenyapkan manusia tanpa sebarang sebab yang diketahui. Kini mereka tinggal dalam satu kawasan bandar besar yang dilindungi dengan tiga lapisan tembok gergasi iaitu tembok Maria, tembok Rose dan tembok Sheena. Mereka tinggal selama ini dengan keamanan yang bukan mudah diperoleh, ada di antara mereka hidup tanpa pernah melihat bagaimana rupa makhluk berkenaan.

Semuanya berubah apabila pada satu hari, munculnya satu Colossus Titan dengan tinggi 60 meter selepas satu pancaran kilat misteri, dengan kepalanya melepasi tembok Maria dan memecahkan sebahagian tembok di wilayah Shiganshina, sebuah bandar dalam tembok Maria, menyebabkan beberapa Titan lain menceroboh masuk. Satu Armored Titan memecahkan tembok Rose, memaksa orang ramai yang tinggal di antara dua kawasan itu meninggalkan kediaman mereka.


5 tahun mekudian, mereka bertiga tamat latihan dan ditempatkan di wilayah Trost, satu bandar di sempadan berdekatan dengan tembok Maria apabila Titan menyerang semula. Dalam pertempuran kali ini, Eren dimakan oleh salah satu Titan di depan mata Armin. Satu Titan kemudian muncul dan bertempur dengan Titan lain, yang kemudiannya didedahkan sebagai Eren sendiri. Disebabkan insiden ini, Eren dibawa ke mahkamah tentera dan disoalsiasat. Meskipun menjadi ancaman bagi sesetengah pihak, dia masih membantu pihak tentera mendapatkan semula wilayah Trost dengan menutupkan bahagian tembok yang pernah dipecahkan oleh Titan dalam insiden terdahulu. Selepas soalsiasat, dia dimasukkan dalam skuad khas Survey Corps diketuai oleh Kapten Levi. 







Dalam satu ekspedisi ke Shiganshina, pasukan mereka diserang oleh titan perempuan bagi mendapatkan Eren. Walaupun berjaya ditangkap, Titan itu berjaya melepaskan diri menyebabkan skuad ini terpaksa berundur dan menyusun langkah kembali. Armin telah mendedahkan Titan perempuan itu adalah Annie Leonhart, salah seorang anggota kadet mereka dan pernah mengajar Eren berlawan. Dia merancang menangkapnya di Stohess. Ketika operasi, kerosakan yang berlaku mendedahkan ada orang boleh menjadi Titan yang tinggal dalam kawasan tembok di kalangan manusia lain.  


Didedahkan kemudian ada beberapa anggota dalam unit tentera itu juga boleh bertukar menjadi Titan dan mereka dihantar sebagai pengintip oleh pihak yang tidak diketahui bagi mencari "The Coordinate", iaitu satu kuasa bagi mengawal Titan lain secara bebas dan Eren memilikinya. Keluarga Diraja dan Polis Tentera menjejaki Eren dan kawannya Krista Lenz, atau nama sebenarnya Historia Reiss, pewaris raja sebenar Rod Reiss.

Pihak Survey Corps, hilang kepercayaan untuk terus berkhidmat kepada pemerintahan sedia ada, mula memberontak dan berjaya menggulingkan pemerintahan monarki selepas kematian Rod di tangan anaknya sendiri yang kemudian naik sebagai ratu yang baru.  Kemudian didedahkan bahawa keluarga Reiss bertanggungjawab membina tembok itu pada 100 tahun yang lalu menggunakan "The Coordinate" yang telah dicuri oleh Grisha, ayah kepada Eren, yang telah memindahkan "The Coordinate" ke dalam badan Eren.



Sumber serangan besar-besaran:  SINI  |   SINI  |   
Baca lagi:   SINI   |     SINI   |   




No comments: