MY FOLLOWERS

Thursday, September 1, 2016

Artikel - 6 Tanda Anda Sebenarnya Benci Dengan Kerja Sendri

Kredit kepada: Yahoo Finance
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Berapa ramai di kalangan kita sebenarnya suka dengan kerja yang kita buat? 

Ada di antara kita pun, bekerja sebab mengisi masa sebelum mendapat kerja yang lebih baik atau yang kita betul-betul mahu. Mudahnya, tidak berapa ikhlas dan terpaksa. Hakikatnya hanya sedikit yang kata 'saya suka kerja saya'. Sekalipun ada yang kata mereka buat kerja betul-betul, itu semua tidak mendedahkan niat sebenar dan ada yang masih mencuba berulang kali dengan harapan mereka akan menyukainya di kemudian hari.   

Jadi hentikanlah cuba menipu dan jujur pada diri sendiri. Bagi yang sudah dapat kerja yang diinginkan, itu tidak mengapa. Bagi yang masih memaksa diri, fikirkanlah..  heheheeee... Bukanlah mahu kata anda benci dengan kerja anda sebab mengalami sebahagian daripada alasan yang disenaraikan di sini, tetapi kalau kena batang hidung sendiri, bermakna anda mungkin perlu fikirkan tentang perubahan.


 



1. Masih mencari kerja tanpa diketahui  
 
Di sebalik buat kerja, anda secara sembunyi-sembunyi melayari laman web mencari kerja atau mungkin bertanya tentang jawatan kosong di mana-mana. Sebenarnya itu tanda anda mencari jalan keluar daripada kerja sedia ada.


2. Banyak kali keluar rehat
 
Adakah anda keluar minum setiap 2 jam? Orang biasa hanya keluar sekali atau dua kali sahaja dalam sehari. Kalau anda tambah 10 minit masa rehat tanpa hala tuju, anda perlu fikirkan semula kenapa anda bekerja di situ. Kalau jenis yang mudah lapar, belajarlah bertahan sebelum waktu rehat seterusnya.



3. Anda ada kawan seangkatan sebab mereka juga tidak tahan dengan orang yang sama, seperti anda
 
'The enemy of my enemy is my friend', itu kata-kata dari Perang Dunia Ke-2.   

Kalau rasa ada orang yang tidak disenangi, anggaplah mereka tidak wujud. Bila fikirkan tentang orang yang menjadi kawan sepejabat, adakah anda rasa mereka akan jadi orang yang duduk makan bersama anda kalau tiada lagi orang yang dibenci? Kalau YA, maka anda sebenarnya tidak mahu bersama semua yang sepejabat dengan anda.
 

4. Anda pilih untuk lebih bercakap dengan tukang cuci atau tukang sapu
 
Golongan mereka adalah satu-satunya dalam persekitaran tempat kerja yang tidak akan sibuk bercerita perihal kerja. Daripada mendengar bebelan rakan sekerja, anda lebih suka dengar mereka bercerita tentang kaki yang sakit atau tentang anak-anak mereka yang jarang datang menjenguk.


 


5. Bila pantri atau tandas menjadi tempat selamat untuk anda.
 
Ia akan bermula dengan waktu rehat untuk ke tandas. Bukan 'melabur' pun, sebaliknya anda gunakan pula kesempatan itu untuk melayari internet daripada sibuk menanggung tekanan akibat kerja.

Yang di pantri, anda akan sedar betapa terseksanya mahu kembali ke meja kerja selepas satu snek di pantri. Tiada had berapa lama berada di tempat-tempat selamat ini. Biasanya, bila jauh dari meja kerja, dengan sendirinya akan berasa semua tempat lain adalah selamat dan anda boleh tidur sekejap sebelum sambung kerja.



6. Berserah diri kepada tuntutan nafsu
 
Kalau sekali sekala itu tidak mengapa. Keluar membeli-belah atau bermain dengan kawan-kawan pada hujung minggu. Apa akan jadi kalau terlebih? Mungkin terlebih belanja dengan kad kredit sehingga melebihi had? Kalau anda rasa tenggelam dalam tuntutan kehendak diri sebagai satu jalan melepaskan diri daripada tekanan tempat kerja sekarang, jadi inilah masa untuk berhenti dan cari kerja lain.



Benci kerja sorok-sorok:  SINI  |   




No comments: