MY FOLLOWERS

Thursday, January 16, 2014

Kesihatan - 9 Masalah Boleh Selesai Dengan Exercise

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.......



1. Kebimbangan

Senaman terbaik:
Senaman berasaskan pernafasan seperti meditasi atau yoga. Berfungsi untuk meredakan sistem saraf yang banyak bekerja. Untuk kebimbangan harian, senaman biasa pun dibolehkan. Senaman akan membantu tubuh membebaskan endofrin dan menaikkan semula mood anda.


2. ADHD

Tiada ubat untuk ADHD. Senaman akan membantu tingkatkan fokus, meredakan emosi sama ada penghidapnya kanak-kanak atau dewasa. Senaman meningkatkan tahap dopamin untuk sementara selain merangsang bahagian otak yang digunakan untuk buat keputusan dan gerak hati, dan kurangkan tekanan.

Senaman terbaik:
Apa-apa jenis senaman bagi yang dewasa, bagi kanak-kanak ikut aktiviti aerobik.

 
3. Hilang memori

Senaman meningkatkan aliran darah ke otak, tetapi akan terhalang bila ada masalah seperti kolesterol tinggi dan arteri yang menebal. Otak yang sihat bergantung kepada jantung yang sihat.

Senaman terbaik:
Apa sahaja, termasuk taichi, bermain tenis, berkebun.


4. Masalah tidur

Kajian tunjukkan mereka yang bersenam mendapat tidur yang lebih berkualiti berbanding mereka yang tidak. Tidak yang tidak cukup akan membawa kepada masalah lain yang boleh diatasi dengan senaman seperti masalah berat badan, keletihan, sakit jantung, kelesuan, dan ketidakupayaan menghadapi stres.

Senaman terbaik:
Sesi senaman 30 minit melibatkan apa sahaja jenis senaman bagi meningkatkan kualiti tidur. Senaman meditatif seperti yoga dan taichi agak efektif.


5. Asma

Bagi penghidap asma, lebih banyak bersenam akan membantu mengurangkan penderitaan anda. Ia membantu memperbaiki kesihatan kardiovaskular dan mengurangkan simptomnya.

Senaman terbaik:
Apa sahaja termasuk senaman kardio, senaman kekuatan atau outdoor. 




6. ED dan libido rendah

Tidak dapat dinafikan, ia turut membantu dari sudut seksual sama ada bagi lelaki atau wanita. Masalah ED akan membawa kepada stres, tidur kurang berkualiti dan keletihan.

Senaman terbaik:
Apa sahaja jenis senaman yang bertumpu pada bahagian pinggang ke bawah akan membantu dari segi kitaran darah dalam badan, kecuali berbasikal yang boleh menyebabkan tekanan pada bahagian genital.


7. PMS dan simptom berkaitan menopaus

Kajian menunjukkan wanita yang menghadapi menopaus atau simptomnya dapat mengurangkan kesannya dengan senaman, berbanding mereka yang tidak melakukannya secara kerap. Mereka yang menghidapi PMS akan berdepan simptom seperti keletihan, mood tidak menentu, depresi. Bagi yang lebih berusia, senaman membantu meningkatkan ketumpatan tulang, melawan penyakit kardiovaskular dan obesiti.

Senaman terbaik:
Kombinasi aerobik dan latihan kekuatan, selain boleh cuba yoga, tai chi.


8. Bawah belakang, pinggul, lutut, dan leher

Banyak kesakitan berpunca daripada otot di bahagian berkenaan yang lemah. Contohnya sakit pada leher mungkin berpunca daripada duduk depan pc terlalu lama.

Senaman terbaik:
Latihan kekuatan dan regangan pada sekitar bahagian yang terjejas.

 
9. Osteoarthritis

Menyebabkan sakit dan inflamasi pada bahagian sendi disebabkan rawan yang berkurangan yang melindungi bahagian berkenaan. Kekal aktif bersenam membantu kurangkan berat badan sekaligus kurangkan stres pada bahagian yang sakit. Latihan kekuatan menguatkan otot pada bahagian berkenaan.

Senaman terbaik:
Senaman kardio dan angkat sedikit beban, berjalan, berenang, aerobik air, latihan kekuatan asas, dan regangan.


KLIK SINI untuk lebih lanjut.

No comments: