MY FOLLOWERS

Saturday, January 18, 2014

Sekadar Luahan - Keselamatan Anak Di Rumah

Kredit kepada: Family
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum...




Anak-anak kecil yang sedang membesar tidak tahu apa-apa tentang keselamatan di rumah dan persekitaran. Walaupun ibu bapa masih berada dalam rumah, tetapi selaku manusia memang kita tidak dapat berada di lebih daripada satu tempat dalam satu masa. Ini agak sukar, jadi kena usaha juga sebaik mungkin untuk elakkan perkara tidak diingini daripada berlaku. Kalau terjadi, fuhhh!! Alamatnya traumalah si ibu bapa berkenaan. Apa yang didedahkan oleh akhbar-akhbar sama ada berita tempatan mahupun luar negara sangatlah membimbangkan. Tolak tepi dahulu cerita-cerita penculikan atau seumpamanya, yang dalam rumah lagilah kena beri lebih perhatian!

Kena tengok juga keadaan sekelilingnya dan apakah ada apa-apa barangan saiz kecil seperti serpihan mainan, duit syiling, plastik atau apa sahaja yang boleh sebabkan risiko kecederaan. Perhatikan juga kalau dalam persekitarannya ada apa-apa haiwan kecil yang boleh mengundang bahaya seperti lipas, semut atau lipan. Lagi takut kalau benda-benda kecil ini menjadi punca anda terpaksa bawa pula si kecil ke hospital. Nauzubillah.. 

Seperkara lagi, kena beri perhatian lebih bermula bila si kecil sudah mula boleh meniarap, sebab dia sudah boleh bergerak. Kalau letakkan atas katil terbuka (seperti katil bujang atau sepertinya) pastikan anda juga ada bersamanya. Kalau katil bayi yang berpagar, mungkin kurang sedikit rasa risaunya.


Meletakkan barang-barang dalam rumah

Barang-barang berat sepert seterika, bingkai gambar, pasu kecil, buku-buku, benda-benda berwayar atau apa sahaja sepertinya, sila letakkannya dalam almari bahagian paling bawah bila anda menyimpannya. Benda-benda berwayar kalau tertarik dan terjatuh, dikhuatiri boleh kena tangan, badan atau kaki. Lagi teruk kalau kena kepala.

Penulis sendiri ada pengalaman agak 'ngeri' bila seterika terjatuh dan muncungnya terkena kepala si kecil ketika ahli keluarga sedang mendukungnya. Mahunya ngeri?! Muncung seterika terkena dan dahi terbelah sedikit dan darah bercucuran! Ambil masa beberapa minit untuk lap dan biarkan bahagian luka itu kering. Nasib baik tidak kena jahit. Habis semua pelawat dan doktor klinik pun tergamam tengoknya sebab datang ke klinik untuk dapatkan rawatan dalam keadaan baju dan sebahagian kepala berlumuran darah!

Bila umurnya semakin meningkat (lepas daripada usia bayi) dan boleh merangkak dan berjalan, sentiasa pastikan pagar depan, pintu gril dan pintu depan sebaiknya berkunci, bukan bertutup sahaja. Kalau anda ada bersama mana-mana ahli keluarga yang mungkin hadapi masalah alzheimer/nyanyuk, anda akan berdepan lebih berisiko! Sila jangan harapkan apa-apa daripadanya sebab dia mungkin sudah tidak boleh berfikir secara rasional. Ini adalah untuk elakkan anak anda daripada keluar rumah tanpa disedari tanpa pengawasan, boleh kena langgar atau kena culik. Eloklah kalau si kecil duduk bertenggek sahaja dengan anda sepanjang masa, itu lebih selamat. Banyak kes berlaku bila ada keluarga terlanggar si kecil kerana perkara sebegini. 




Perkara lain yang turut perlu diberi perhatian:

Barangan kecil dan tajam seperti tepi tin, lidi, skru, syiling, paku, pen, pensel, serpihan besi, dll. Pastikan jangan ada atas lantai, sebaiknya pastikan anda sentiasa sapu lantai supaya bersih daripada semua ini. Risau kalau-kalau si kecil terkutip dan masukkannya dalam mulut. Kebiasaan, si kecil memang cenderung memasukkan barangan kecil dalam mulut namun ada juga sesetengahnya tidak cenderung begitu. Walaubagaimanapun, biasakan juga bersihkan lantai rumah daripada semua benda ini. 

Cara terbaik, sentiasa pastikan di tangan si kecil tidak pegang apa-apa. Free hand!

Jika tidak, benda-benda tajam boleh jadi juga ia akan melukakan mana-mana bahagian badan. Elakkan dia daripada berjalan dengan ada apa-apa benda di tangan. Kalau ada mainan pun, pastikan yang tidak berbahaya contohnya bola.

Kalau si kecil ada bersama anda di dapur, pastikan lantai kering. Barang-barang seperti kaca, pisau, porselin, yang masih panas, sila letakkan di tempat yang selamat dan jauh daripada capaiannya. Kalau dia sudah boleh minum sendiri, beri dalam cawan/bekas plastik yang sesuai untuknya, tetapi pastikan anda sentiasa mengawasinya. 

Bila mandikannya, anda juga kena bersama temankannya. Tidak kiralah sama ada di halaman rumah atau di bilik air. Main air jangan sampai tersedak atau lemas :-)


Sentiasa pantau si kecil anda dalam apa jua keadaan.


Mama, ane aju iyu tu?? (mama, mana baju biru tu?)


Sentiasa berjaga-jaga. Ingatlah insan tersayang...

No comments: