Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
KRU Studios merancang mahu menerbitkan filem "Black
Hawk Down" versi Malaysia yang akan mengangkat dari sudut pandang
tentera Malaysia yang terlibat dalam pertempuran yang berlaku 20 tahun
lalu di Mogadishu, Somalia itu.
"Kita dalam usaha untuk mencari beberapa cerita yang berkaitan dengan
patriotism tapi tak disampaikan dalam bentuk melo drama atau biografi.
Untuk menimbulkan rasa keterujaan pada penonton tu jadi kita buat dalam
bentuk aksi," Ujar Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim
kepada Malaysian Digest.
Namun, Norman menegaskan hasrat pihaknya mahu menghasilkan filem itu
bukan berniat untuk menyinggung tentera Amerika Syarikat atau mana-mana
pihak yang terlibat dalam peristiwa pertempuran itu.
"Saya rasa tak ada salahnya dan tak rasa pihak Amerika akan tersinggung
kerana mereka juga telah membuat filem versi mereka. Kita pula akan
menghasilkan filem tersebut dari kaca mata tentera Malaysia terutama
yang menyertai pertempuran itu.
"Sebab kalau kita tengok filem versi Amerika, pastinya mereka
menggambarkan wira-wira mereka sebagai pejuang sebenar. Kita bukan anti
Amerika tapi kita nak menginterpretasikan peristiwa tersebut dalam
bentuk pemahaman kita sekaligus menggambarkan wira-wira kita juga telah
menyelamatkan Amerika."
Menurut Norman, filem tersebut masih lagi dalam peringkat perancangan
dan penyelidikan, tetapi berkata skrip filem tersebut berkemungkinan
akan mula dihasilkan pada hujung tahun ini.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment