MY FOLLOWERS

Sunday, February 6, 2011

Sekadar Luahan - Kerja Sementara

Kredit kepada:
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum...

Setelah hampir sebulan setengah berhempas pulas mencari pekerjaan, alhamdulillah saya kini berpeluang sekali lagi berada di alam pekerjaan, walaupun berjawatan sementara sebagai guru ganti di Sekolah Kebangsaan Gong Badak bermula hari ini sehinggalah 1.3.2011 nanti sebagaimana dinyatakan dalam surat tawaran dari PPD. Mengajar Bahasa Inggeris untuk pelajar sekolah rendah tidaklah sukar, cuma perlu perbanyakkan latihan ketika dalam kelas bagi mengelakkan murid-murid berkeliaran atau berasa bosan. Jadual kelas juga tidaklah begitu ketat.


English hancusss  :-D


Walaupun begitu, Matematik masih menjadi subjek opsyen pertama saya untuk diajar sekiranya ditawarkan untuk mengajar.

Mungkin ini rezeki untuk satu jangkamasa pendek memandangkan saya belum memiliki kerjaya tetap. Namun saya masih bersyukur kerana diberikan peluang sekali lagi untuk berada di alam pekerjaan.


p/s: Senyum lebar...

6 comments:

Unknown said...

wah..tahniah cikgu..bagus tu..cari pengalaman dulu sebelum dpt keje tetap..gud luck dari akak ye..

WanFadhilah said...

wow! jadi cikgu la ni.. at least ada kerja kn..

qasehraihan said...

wah wah wah...tahniah..
slamat mengajar my fren..

Anonymous said...

Tahniah kerana mendapat perkerjaan sebagai seorang guru. Walaupun sementara tapi ambil perkara ini sebagai satu pengalaman.

P/s: Follow kamu, follow balik ye.. :)

Cik Anita said...

jangan garang-garang cikgu! :)

qasehraihan said...

dtg lagi...cr entri baru..hehe