MY FOLLOWERS

Wednesday, February 9, 2011

Animasi - Supernatural

Kredit kepada: Yahoo, Youtube
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum......



Sebelum ini saya menyiarkan post mengenai animasi Iron Man. Di sini satu lagi siri animasi baru yang diadaptasi daripada siri tv popular - Supernatural. Siri ini masih mengekalkan watak Sam Winchester dan Dean Winchester selaku watak utama sebagaimana siri tv-nya. Begitu juga kereta dan beberapa peralatan yang digunakan termasuk pistol Colt yang digunakan untuk menembak hantu. Turut ditambah watak sampingan iaitu Jess. Berita mengenai siri ini ada disiarkan dalam majalah Gempak baru-baru ini.



Jess


Dean dan Sam Winchester


Siri ini bakal memulakan siarannya pada Februari 2011 ini. Sebagaimana dinyatakan dalam majalah Gempak, terdapat beberapa episod dalam siri ini diambil daripada drama bersirinya. Siri animasi ini dihasilkan dengan kerjasama Warner Brothers (Jepun) dan Mad House dan dihasilkan sebanyak 22 episod. Dicipta oleh Eric Kripke dan diarahkan oleh Shigeyuki Miya dan Atsuko Ishizuka.


Supernatural Anime Trailer



Anda juga boleh melayari laman web berkaitan:

2 comments:

Admin said...

Uiskkk nampak menarik nih

Nerzhul said...

ada anime dia pulak..best²