MY FOLLOWERS

Wednesday, August 3, 2016

Artikel - Cabaran Memanah Raya 1437H dan Jamuan Raya TAC Pada 29.7.2016

Kredit kepada: TAC
Gambar ihsan: Owner, TAC



Assalamualaikum.....


Cabaran Memanah Raya TAC yang diadakan pada 29.7.2016 di kawasan latihan memanah Sabasun Hyperuncit Gong Badak meneruskan kesinambungannya seperti tahun lalu. Bezanya kali ini cabaran memanah diadakan dengan kiraan masa dan peserta yang bertanding perlu melalui 5 peringkat cabaran. Pemenang ditentukan berdasarkan siapa yang menyempurnakan semua peringkat cabaran dengan kiraan masa terpantas dan sebanyak 2 pusingan.

Peserta bertanding menggunakan busur dan anak panah sendiri sebanyak 12 batang. Jika semua anak panah habis digunakan sebelum menyelesaikan semua peringkat cabaran, maka peserta tersebut perlu ke petak TAMAT dan masa akan dikira.  




Peringkat cabaran adalah:
  1. Berdiri dalam petak disediakan dan memanah pada sudut rendah papan sasaran pada jarak 2 meter. 
  2. Meniti atas batang besi disediakan dan memanah papan sasaran melalui bawah palang (seperti tiang gol kecil) sambil menunduk pada jarak 3 meter. 
  3. Berdiri atas bangku panjang dan memanah tali guni pada sudut rendah pada jarak 3 meter. 
  4. Meniti atas batang kayu disediakan dan memanah papan sasaran dari sebalik papan (diletakkan seperti dinding) pada jarak 10 meter. 
  5. Duduk atas bangku panjang dan panah bola polisterin pada jarak 15 meter.




Peringkat 1



Peringkat 2



Peringkat 3



Peringkat 4



Peringkat 5



Sesudah selesai, masuk ke petak TAMAT dan kiraan masa dicatatkan.


Bagi pusingan pertama, cabaran adalah mengikut urutan peringkat 1 hingga 5, manakala pusingan kedua pula adalah secara terbalik.

Seramai 13 orang peserta menyertai cabaran kali ini. Setiap satu papan sasaran yang dipanah akan diberikan 10 mata. Maka markah penuh bagi kedua-dua pusingan adalah 100 mata. Hadiah adalah berupa hamper disampaikan kepada pemenang. 













Di samping itu, jamuan sempena Hari Raya juga diadakan bersama acara ini. Hidangan yang disediakan ialah kambing bakar, ayam bakar, nasi himpit, lontong, bihun goreng dan kuih-muih serta minuman. Acara ini bermula selepas solat Jumaat jam 2.30 petang dan berakhir jam 6 petang.  



No comments: