MY FOLLOWERS

Wednesday, February 18, 2015

Ronda Rousey Mengkritik Lawan Yang Guna PED

Kredit kepada: Yahoo Sports
Gambar ihsan: Google Images

Assalamualaikum.....




Juara kategori bantamweight UFC wanita, Ronda Rousey menjadi pengkritik secara terbuka apabila mengkritik peserta UFC yang menggunakan dadah peningkat prestasi (Performance Enhancement Drug/PED) dalam perlawanan. Beliau yang menjadi peminat kepada juara UFC, Anderson Silva berkata berita yang mengatakan Anderson Silva positif untuk 2 ujian dadah steroid anabolik itu begitu memberi kesan kepada dirinya. 

"Saya rasa kecewa dan mahu menangis." katanya.

Rousey yang merupakan pemenang pingat gangsa acara judo di Beijing pada 2008 menyatakan hasrat agar ujian lebih ketat dikenakan ke atas semua peserta MMA. Dia mencadangkan bahawa bermula dari kali pertama lagi peserta melalui ujian dadah PED ini dan didapati positif, peserta terbabit bukan sahaja perlu digantung penyertaannya selama setahun tetapi juga perlu menyerahkan hadiah kemenangan mereka 100% kepada pihak lawan. Jika didapati positif untuk kali kedua, maka peserta terbabit tidak boleh lagi menyertai perlawanan sampai bila-bila. 


KLIK SINI untuk artikel penuh.




No comments: