MY FOLLOWERS

Saturday, February 28, 2015

Sekadar Luahan - Ohh Tusyen.... Sepak-sepak Sana Sini....

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....
 

Adoiii......


Bermula Januari 2015, berlaku sedikit perubahan dalam hal pembayaran di pusat tusyen tempat penulis mengajar separuh masa. Semua sudah maklum sejak dari bulan Disember yang lalu selepas satu mesyuarat membincangkan mengenai perancangan untuk 2015. Banyaklah juga. Antara yang disasarkan ialah kelas tusyen bagi para pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar sini. Rancangan telah dibahagikan mengikut fasa sepertimana dinyatakan oleh tenaga kerja yang menguruskan jadualnya. Seperti juga sekolah, pusat tusyen juga berfungsi untuk bantu pelajar mengulangkaji pelajaran. Dari sudut lain, mereka juga mengatur rancangan ini untuk kembangkan bisnes pusat tusyen itu sendiri dan sebagai satu usaha untuk cuba tambah pendapatan guru yang bernaung di bawah syarikat mereka. 

Namun apabila rancangan sudah mula berjalan, maka penulis sudah mula nampak seperti ada yang kurang. Kalau tahun sebelum ini, belum lagi sebab pelajar sekolah sudah habis banyak bab bagi subjeknya ketika di sekolah. Pada waktu ini, penulis bukan sahaja sebagai guru tusyen, juga sebagai staf pemasaran. Bila dilantik, penulis mula melihat semula rancangan yang disusun dahulu dan mula rasakan seperti ia terlalu besar pula. Memanglah ia mampu menjana pendapatan. Cuba fikirkan, kalau letakkan sasaran untuk kelas sehingga 30 atau 60 orang, bukankah ia seperti mahu tusyen semua budak dalam kelas? Berapa ramai yang mahu ambil kelas tusyen pada satu-satu masa? Tidakkah masih terlalu awal untuk pelajar ambil tusyen? Adakah mereka ini terlupa yang bukan semua pelajar mahu tusyen. Sebab pada awal tahun, pelajar sekolah akan mula belajar tajuk yang ringan, bukannya yang perlu berfikir sangat. Tidak sampai 10 minit buat latihan, sudah beres. Waktu terluang, semua pergi bermain. 

Bab gaji pun, sudah tukar baru. Kali ini terus gunakan pakej secara 8 jam atau 16 jam. Kalau cukup 8 jam misalnya, maka dapatlah bayaran penuh RM100. Haaa?? RM100 jer? Kalau yang dahulu, RM10 per jam, tidak termasuk komisyen pemasaran yang entah besar manalah sangat. Walaubagaimanapun, mereka bukannya tahu penulis juga ada ambil kelas tusyen yang lain dengan bayaran RM50 sejam dengan jumlah jam selama 19 jam, untuk 2 subjek yang diajar. Kalau tambah 1 subjek lagi, akan dapatlah RM72 sejam. Kalau dibandingkan, apa yang mereka tawarkan dalam pakej terbaru itu pun belum dapat saingi bayaran tusyen kedua yang penulis terima itu.. Sayangnya, kini yang bertugas menguruskan tusyen itu sudah berhenti dan pegawai baru bakal menggantikannya.


Hambikkk kau!  Duussshhh!!!


Sedikit demi sedikit sudah mula datang rasa sakit hati. Masakan tidak, setiap kali datang ke pejabatnya, balik-balik jawapan 'belum ada jadual baru lagi.' Setiap kali ada mesyuarat pula, kita ini berfungsi sebagai apa? Tukang tengok dan dengar sahajakah? Buta kayukah kita yang penat-penat datang ini? Bila berbincang mengenai perancangan, kita ini tidak perlu terlibatkah? Tidak perlu tahu perancangan seterusnya ke? Sudahnya, kerja pemasaran pun sama. Sudahnya, daripada membuang masa, maka kita pun ikutlah nasihat salah seorang penajanya untuk melihat cabang bisnes yang lain. Setidaknya usaha juga. Kita hanya pekerja pemasaran sahaja, rasanya tidak perlulah lebih-lebih minta mengarah sana sini, yang mengatur jadual itulah yang patutnya beri perhatian. Memanglah jadual kita fleksibel tetapi harapnya janganlah buatnya kita ini seperti terpinggir.

Atau adakah sebab kita ini hanya separuh masa, maka bolehlah disepak-sepak sana sini macam bola? Bawa masuk bila perlu sahaja?

No comments: