MY FOLLOWERS

Wednesday, February 11, 2015

Hiburan - The Blacklist

Kredit kepada: Wikipedia, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....



The Blacklist ialah satu siri drama penyiasatan yang disiarkan di saluran NBC bermula pada bulan September 2013. Siri ini dibintangi oleh James Spader, Megan Boone, Ryan Eggold dan Harry Lennix. Ia mengisahkan bekas pegawai kerajaan yang bertukar kerjaya sebagai penjenayah berprofil tinggi dikenali sebagai Raymond "Red" Reddington, yang berjaya mengelakkan diri daripada ditahan pihak berkuasa selama 10 tahun yang menyerah diri kepada pihak FBI dengan menawarkan untuk berkerjasama bagi menangkap penjenayah lain yang ada dalam senarai yang sukar ditangkap dengan dibantu oleh seorang pegawai polis profiler Elizabeth Keen.

Raymond "Red" Reddington, menyerah diri di ibu pejabat FBI di Washington, D.C. Dia mendakwa pihak FBI dan dirinya ada persamaan dari sudut minat untuk menangkap penjenayah dan pengganas dikehendaki dan memberi tawaran yang tidak dapat ditolak oleh FBI dan bertegas dengan syarat dia hanya bekerja dengan Elizabeth Keen. Selepas FBI menggunakan maklumat yang diberikan untuk mengesan pengganas, Reddington berkata bahawa ia adalah yang pertama daripada banyak lagi penjenayah yang akan ditangkap. Dengan senarai yang dibuatnya, Red membantu FBI untuk mengesan semua penjenayah yang dipercayainya sebagai berbahaya dan kebanyakannya tidak diketahui oleh FBI sendiri. Dengan cerita yang berkembang, Red membongkar jenayah yang turut melibatkan watak lain.

Lakonan James Spader, Megan Boone, Diego Klattenhoff, Ryan Eggold, Parminder Nagra, Harry Lennix


Sumber senarai hitam   SINI   |   SINI    |
  



No comments: