MY FOLLOWERS

Wednesday, October 5, 2011

Sekadar Luahan - Spam Yang Sangat Mengarut...

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: -



Assalamualaikum.....

Sesetengah daripada penulis blog lebih suka untuk menyiarkan terus komen yang diterima tanpa perlu ditapis atau melalui peringkat approval.

Salah satu sebab mengapa saya aktifkan peringkat approval ialah untuk menapis komen berbentuk spamming daripada tersiar tanpa kawalan di ruangan artikel yang tersiar, selain daripada mengelakkan tersiarnya mana-mana komen negatif yang bersifat menghentam sesuka hati.

Sudah banyak kali saya menerima komen berbentuk spamming yang kebanyakannya datang dalam bentuk iklan dari sumber yang diragui, namun setakat ini, mungkin komen ini datang ke tempat yang salah.


Jika iklan mencari kerja ini bukan spam, pada pendapat saya, lebih elok jika si penghantar berkenaan menghantarkannya di blog-blog yang memaparkan iklan mencari kerja kerana di situlah saluran yang lebih sesuai untuknya.

Meskipun ia bukan berbentuk hacking, pun begitu saya masih menasihatkan semua penulis blog agar teruskan berhati-hati.

2 comments:

Maicher said...

haha. tak beragak jugak nak spam orang camni.
:/

THE GREEN said...

tu la pasal.... :-D