MY FOLLOWERS

Wednesday, May 4, 2011

Sekadar Luahan - Hobi

Credits to: Family
Gambar ihsan: Family, Yahoo Images


Assalamualaikum...


Saya menulis di sini sekadar ingin berkongsi berkenaan hobi. Hobi saya ialah melukis, membaca, dan menonton filem.

Jika melukis, saya suka melukis sama ada secara biasa iaitu menggunakan pen, pensel, dan kertas lukisan ataupun menggunakan komputer terutama melalui perisian Flash 8.






Bahan bacaan yang saya paling suka membaca ialah majalah ilmiah seperti Mastika dan Solusi, surat khabar atau apa sahaja artikel menarik yang boleh menambah pengetahuan sedia ada. Tidak kiralah sama ada bahan bacaan bercetak ataupun di internet.

Dari sudut hiburan, saya suka menonton filem-filem bercorak pengembaraan, penyiasatan, komedi serta tidak lupa juga cerita-cerita animasi seperti Gundam 00, Tom and Jerry dan siri-siri Kamen Rider.




Anda pula bagaimana? Saya juga ingin mengetahui apakah hobi lain yang menarik di kalangan pembaca :-)

2 comments:

cik blogger said...

suria baja hitam!! ;D
just blogjogging here!

THE GREEN said...

:-)