MY FOLLOWERS

Monday, May 30, 2011

Artikel - Mengapa Dadu Ada 6 Permukaan?

Gambar ihsan: Yahoo Images, Polyhedral Dice


Assalamualaikum...

Jika kita ingin bandingkan setiap bentuk objek yang ada, tidak kiralah segiempat, segitiga, rombus, bulatan atau poligon, terfikirkah kita akan bentuk yang paling sempurna atau dengan kata lain - ideal?


Sebenarnya tidak banyak bentuk yang sesuai untuk memenuhi keperluan para pemain bagi sesebuah permainan yang melibatkan pergerakan pada petak-petak seperti Monopoly, dam ular, ataupun permainan dalam perjudian (sekadar menyebut beberapa jenis). Jadi, bentuk segiempat sama dipilih dan dijadikan dadu bagi menentukan pergerakan pemain dalam petak permainan yang dimainkan.

Bentuk segiempat sama mempunyai enam permukaan yang sama saiz dan bentuknya, serta mempunyai bucu dan sudut yang sama yang bertemu pada sudut yang sama. Ciri-ciri binaan bentuk segiempat sama ini memberikan kelebihan peluang 'pendaratan' yang sama rata ke atas mana-mana permukaannya ketika sesuatu permainan berlangsung.


Kiraan matematik memudahkan kita untuk bermula, dengan menyediakan set bentuk-bentuk yang dikenali sebagai bentuk Platonik. Bentuk Platonik ialah bentuk yang terdiri daripada permukaan yang rata dengan bentuk dan saiz yang sama, dengan penjuru yang mempunyai jumlah bucu yang sama yang bertemu pada sudut yang sama. Terdapat lima jenis bentuk yang kelihatan sama yang luar biasa dan menarik apabila dilihat iaitu bentuk segi empat, tetrahedron seperti piramid, kiub dengan enam sisi, oktahedron dengan lapan sisi, dodekahedron dengan 12 sisi, ikosahedron dengan 20 sisi. Sebagai tambahan kepada ciri-cirinya, keunikannya, namanya yang agak pelik, kepelbagaian ciri simetrinya menjadikannya permulaan yang baik untuk membuat dadu. 

Selepas dipertimbangkan, didapati bentuk kiub memberikan lebih banyak kelebihan berbanding bentuk Platonik yang lain. Bentuk kiub lebih mudah dibentuk dan dipotong berbanding bentuk-bentuk lain kerana aspek kerataan bagi penjuru dan permukaan segi empatnya boleh disemak. Tidak sebagaimana polihedron yang lain, tiada ruang dibazirkan pada bentuk ini. Bentuk lebih kompleks lebih sukar untuk dibentuk, diputar (ketika bermain) dan tidak diperlukan ketika bermain. Enam atau sebelas (jika dua dadu diputarkan dalam satu permainan) kebarangkalian sudah memadai bagi kebanyakan permainan.

19 comments:

LindaLittle said...

tahniah...first time baca maklumat pasal dadu...tq..:)

najihah sahami said...

oo..sebab tu eh. ye r. logik gak kan. kalau segi tiga apa semua tu. camane laa nak main eh. aiyaa..

vampire's lovex said...

bentuk kiub ialah bentuk yg adil,,.

deyna_83 said...

saya balas singgah awak...dan followwwwwww

. said...

hmm , math ! hee ~ tak minat :)

btw , tengs sharing

Ceiler Mun said...

wow.. menarik betul entry ni.. baru tahu kenapa dadu ada 6 permukaan..


jom main dam haji.. eh.. dam haji guna dadu ke??hheheh!!~


^__^v

Fyqa said...

wahh thnks info ;)

Unknown said...

skrg bru aku thu

Raden said...

aargg..hukum fizik..add math..aarrggg
tak suke!! haha

Anonymous said...

i like ur blog. very thoughtful and informative..can;t wait to read the rest of ur entry..

Shila said...

terbaeek laa ini maklumat..

tak pernah terfikir pun.. :D

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

mari kita tengok sapa yang kena..kata beram pendek sambil lempar dadu

nice post nice info

Syazana Zainn said...

guna dadu waktu main dam ular :D

nanti join segmen schaze tau..hihi http://erynsyaze.blogspot.com/2011/06/1st-syazana-segmen-cari-kucing-menyorok.html

cik azeya said...

gune dadu buat jwb pekse. hihi

Pink said...

gambar dadu yg first skaly, yg jernih2 tu macam sedap lah. geram je, rasa nak makan je. grrr. LOL :O

blog-tips-kurus said...

tak pernah nak amik tau sebelum ni. mujur ade blogger yg prihatin.. :-)

*memang bole cuci anggur guna colgate??

Anonymous said...

Salam Blade Edge.. Thanks sbb sudi melawat blog saya... :D
cantik blog awk..

Mashe said...

hehehe... wat dadu guna pemadam time exam... keh keh keh

~ AppLe BLosSoM ~ said...

good info...thanks...