MY FOLLOWERS

Sunday, June 19, 2011

Artikel - Kenapa Blog Perlukan Artikel Yang 100% Unik dan Berkualiti

Credits to: Julmazli Dot Com
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Baru sebentar tadi saya menerima kiriman emel berkaitan hal ini. Agak menarik juga kerana selain sebagai satu bentuk promosi, emel yang diterima ini turut memberikan tips berguna buat semua penulis blog. 

Bukanlah sasarannya supaya mendapat trafik tinggi atau imbuhan material semata-mata tetapi ia lebih menekankan kepada perlunya seseorang penulis blog itu mencurahkan ideanya sendiri sebaik-baiknya tanpa menciplak atau mencedok hasil dari sumber lain. Dengan kata lainnya, yang ditekankan di sini ialah dari sudut kredibiliti dan keaslian (originality) tulisan penulis berkenaan. Keaslian artikel yang ditulis turut menambahkan lagi keunikan pada sesebuah blog.


Berikut adalah petikan daripada emel yang saya terima.

Sebenarnya saya baharu saja siap menulis sebuah artikel di blog. Agak panjang juga rasanya.

Di mana saya mengupas manfaat dan keutamaan yang diperolehi oleh sesebuah yang sering menerbitkan artikel unik atau tulen.

Tajuk entri tersebut, 'Kenapa Blog Anda Perlu Menerbitkan Artikel Yang 100% Unik Dan Berkualiti?'


Jemput baca di pautan ini:


http://keajaibanpenjimatan.com/blog/kenapa-blog-anda-perlu-menerbitkan-artikel-yang-100-unik-dan-berkualiti/

Sebenarnya ini adalah jawapan kepada soalan yang banyak ditanyakan oleh rakan-rakan yang menghantar emel.

Semoga ia sedikit sebanyak membuka mata dan memberi motivasi kepada kita semua.


Di sini saya petik sebahagian daripada entri berkenaan (anggap sebagai sinopsis):

Kajian menunjukkan, 119,520 blog dibangunkan setiap hari. Ini satu angka yang besar dan sekurang-kurangnya 40% atau 47,808 post baharu akan diterbitkan setiap hari. Jadi bagaimanakah caranya untuk anda menonjolkan diri anda dan blog anda?

Jawapannya cuma satu, anda perlu menjadi – unik!

Bagaimana caranya menjadi unik dan seterusnya stand out form the coward?

Jawapannya juga cuma satu, anda perlu menulis artikel unik dan berkualiti!

Sebelum mendalami apakah kelebihan-kelebihan menerbitkan artikel unik. Paling baik jika diketahui dahulu apakah yang dimaksudkan dengan artikel unik itu sendiri. Artikel unik adalah merujuk kepada sebuah artikel yang asli yakni tulisan yang dihasilkan sendiri atau dibeli daripada pihak yang menyediakan servis penulisan artikel.

Biasanya sesuatu artikel itu hanya akan dianggap sebagai tulen/asli apabila keunikannya di dalam lingkungan 97% – 100% unik. Ia tidak serupa dengan mana-mana tulisan yang sudah diterbitkan di Internet. Di samping itu juga, aspek kualiti diberi perhatian yang tinggi. Maksudnya, penekanan kepada faedah terhadap orang yang akan membaca tulisan itu nanti.

Artikel-artikel unik memberi banyak kebaikan kepada blog seseorang. Antaranya ... (baca lagi DI SINI)

Bagi saya sendiri, dalam menulis artikel di blog, terpulang kepada apa yang ingin disampaikan oleh si penulis itu sendiri. Tidak semestinya apa yang ingin disampaikan itu belum pernah lagi ditulis, boleh juga melibatkan perkara yang mungkin jarang ditulis. Sebagai contoh, blog ini sendiri sebahagiannya adalah idea penulis sendiri, ada yang dari sumber-sumber lama yang jarang dan belum pernah disebarkan dan ada juga yang diterjemahkan dari artikel lain yang berbahasa Inggeris. Sejujurnya, bukanlah 100% asli :-) Blog ini adalah sebagai satu platform penulis untuk menyampaikan pengetahuan dan peluang (seperti perniagaan dan promosi jika ada) kepada para pengikut dan pembaca sekalian.

Berkenaan menterjemah artikel, saya mengambil pendekatan ini bukanlah secara sebarangan tetapi berdasarkan kefahaman dan juga berpandukan kamus BM-BI. Sebab lainnya ialah agar memudahkan pembacaan kerana kebanyakan masyarakat kita merasakan lebih mudah jika bahan bacaannya adalah dalam Bahasa Melayu. Secara peribadi, pendekatan menterjemah ini menjadi satu kaedah untuk saya memperbaiki penguasaan dan pembelajaran Bahasa Inggeris selain memudahkan saya untuk menyampaikan atau berkongsi pengetahuan kepada pembaca. 

Walaubagaimanapun, saya akui masih ada yang menulis dalam Bahasa Inggeris tetapi tidak seramai yang menulis dalam Bahasa Melayu.

Saturday, June 18, 2011

Artikel - Fadilat Puasa Sepanjang Bulan Rejab (Bhgn 2)

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum...

Kelebihan lain pada Rejab:


  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadan bulan umat Rasulullah.
  • Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman manakala Ramadan bulan menuai.
  • Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan menyucikan roh.
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala Ramadan adalah bulan untuk menggandakan kebajikan.
  • Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibah, manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  • Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Ramadan diganda 1000 pahala.
  • Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
  • Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim).
  • Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
    Ø  Diampunkan dosanya yang lalu.
    Ø  Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
    Ø  Terlepas daripada dahaga di hari kiamat.
  • Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
  • Allah menjawab: "Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuhnya daripada api neraka."
  • Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau".(Dari kitab Raudatul Ifkar)
  • Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
  • Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
  • Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

KLIK SINI untuk ke pautan sebelumnya.
Bersambung...

Tuesday, June 14, 2011

Hidupan Liar - Haiwan Comel Yang Boleh Membunuh (Awas!)

Gambar ihsan: Mother Nature Network


Assalamualaikum...

Mungkin kita berpendapat haiwan comel seperti kucing atau hamster yang biasa dibela di rumah tidak berbahaya. Namun sebenarnya tidak begitu, kerana kebanyakan haiwan sebegini mampu membunuh.



Burung kasawari

Burung kasawari kelihatan seperti burung unta yang berwarna-warni dan boleh ditemui merayau-rayau di hutan hujan Australia dan New Guinea. Ia lebih suka menyendiri tetapi akan bertindak agresif dan melindungi wilayahnya jika diganggu. Berupaya melompat dan berlari dengan laju, burung ini mampu menyerang dengan cara menujah kukunya yang besar ke arah sasarannya.



Kucing liar

Di Amerika Utara, puma sangat jarang menjadi ancaman kepada pengembara dan kanak-kanak. Namun, bagi kucing terbesar di dunia seperti harimau, singa, jaguar, harimau bintang dan cheetah boleh mengundang bahaya jika diperlakukan secara salah. Dianggarkan terdapat 15,000 ekor haiwan ini dikurung di Amerika Syarikat dan sebilangan kecil sahaja disimpan dalam zoo yang bertauliah.



Katak damak beracun

Warna karismatik dimilikinya mungkin menarik perhatian, namun ia sebenarnya amaran supaya anda menjauhkan diri. Katak damak beracun adalah antara makhluk paling beracun di bumi. Penduduk asli India Amerika menggunakan rembesan toksik katak ini sebagai racun pada hujung damak sumpitan.


Gila monster

Cicak ini yang mempunyai bintik merah jambu atau jingga ialah satu daripada beberapa cicak berbisa di dunia dan merupakan cicak asli terbesar di Amerika Syarikat. Walaupun bergerak dengan perlahan, Gila monster berupaya membebaskan dos racun yang boleh membawa maut jika diganggu atau terpijak. Sekiranya digigit oleh Gila monster, tenggelamkan cicak ini dalam air untuk melepaskan diri anda daripada gigitannya.


Anjing laut jenis Leopard

Anjing laut jenis ini berada pada kedudukan teratas dalam rantai makanan di tempat asalnya di Antartik, dan ini adalah satu-satunya haiwan pemangsa yang anda tidak boleh berenang bersama. Ia berani, sangat berkuasa dan aneh. Ia diketahui turut menyerang manusia meskipun sasarannya kebiasaannya adalah penguin. Pada tahun 1985, kaki pengembara Scotland Gareth Wood telah digigit dua kali apabila anjing laut ini cuba mengheretnya dari ais ke dalam air, dan pada 2003 anjing laut ini mengheret Kirsty Brown, ahli biologi yang sedang snorkel ke dalam air sehingga menyebabkannya maut.



Kongkang (rujuk kamus BM-BI)

Haiwan ini kelihatan seperti tidak berbahaya, tetapi kongkang adalah satu-satunya mamalia beracun di dunia. Keadaan semulajadinya menjadikannya sangat popular dalam perdagangan haram. Orang ramai seharusnya mengetahui dan mengelakkan daripada racunnya yang dibebaskan daripada sikunya. Apabila diancam, haiwan ini akan mengambil racunnya dan dicampur bersama air liurnya. Ia juga akan menjilat rambutnya sebagai langkah berjaga-jaga daripada serangan pemangsa. Racunnya boleh membawa maut melalui kejutan anaphylactic.



Monyet atau beruk

Haiwan comel ini sangat biasa berada bersama manusia. Sesetengah penyakit bawaan monyet atau beruk sangat mudah untuk berpindah kepada manusia. Monyet kecil mampu memindahkan virus seperti hepatitis C melalui gigitan. Jenis yang lebih besar seperti beruk, chimpanzi, orangutan atau gorila pula mampu mencederakan jika diancam.



Sotong cincin biru (blue-ringed)

Kecil, tetapi boleh menjadi besar. Dikenali sebagai salah satu haiwan paling beracun di dunia. Ia tinggal di kawasan berair pasang surut merangkumi kawasan dari Australia hingga ke Jepun. Sering ditemui ketika mengharungi sekitar kolam dengan air yang pasang surut. Akan menggigit jika diusik atau terpijak. Racunnya tiada penawar dan mampu membunuh mangsa hanya dalam beberapa minit.



Sotong katak berwarna

Jangan sekali-kali cuba untuk membelainya! Walaupun berwarna dan menarik perhatian, ia sebenarnya membawa maksud 'amaran'. Ikan ini jarang berhadapan dengan manusia, namun racunnya boleh dianggap sebagai sangat toksik dan boleh membawa maut sebagaimana racun yang terdapat pada sotong blue-ringed.



Ikan pufferfish

Ikan pufferfish ialah haiwan vertebrata yang kedua paling beracun di dunia. Nelayan di kawasan perairannya menyarankan agar sarung tangan yang tebal dipakai bagi mengelakkan terkena racun dan mengelakkan risiko digigit sewaktu membuang mata kail. Racun daripada ikan ini tiada sebarang penawar, membunuh mangsa dengan cara melumpuhkan diafragma yang menyebabkan lemas.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

The cuter, the deadlier. hehehehe... :-D

Monday, June 13, 2011

Hidupan Liar - Haiwan Dengan Deria Keenam

Gambar ihsan: Mother Nature Network


Assalamualaikum...
Kita biasa mendengar mengenai wujudnya deria keenam dalam diri manusia, sehinggakan dibuat filem (The Sixth Sense lakonan Bruce Willis), namun tahukah anda bahawa terdapat juga haiwan yang memiliki deria ini?

Terdapat beberapa jenis haiwan memiliki kelebihan ini yang membolehkannya melalui kehidupan dengan cara yang tidak dapat kita semua bayangkan. 


 Kelawar

 Obor-obor Comb

 Dolfin dan lumba-lumba

 Burung merpati

 Ular kapak (pit viper)

 Platypus

 Ikan salmon

 Penyu laut

 Ikan jerung

 Labah-labah

Ikan weatherfish

KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Friday, June 10, 2011

Hidupan Liar - Kucing Telinga Pendek

Credits to: - 
Gambar ihsan: email


Assalamualaikum...


Pastinya ganjil apabila kucing memiliki sayap kerana secara normal, haiwan ini dicipta dengan tidak diberikan kelebihan untuk terbang. Kucing dalam gambar di bawah lain pula ceritanya :-)

Memiliki sepasang telinga bersaiz kecil daripada biasa. Sekali dilihat, mungkin juga ada sedikit kelihatan seperti Doraemon. Bezanya, ia tiada poket ajaib dan tidak berwarna biru :-D




Pautan berkaitan: Kucing bersayap

Jika diingat kembali ketika di zaman persekolahan dahulu, penulis pernah membaca salah satu daripada komik Doraemon yang mengisahkan bagaimana Doraemon menjadi fobia dengan tikus ekoran insiden telinganya dimakan tikus. Rupa asal Doraemon pula memiliki telinga seperti kucing. Anda boleh bandingkan sendiri rupa Doraemon dengan adiknya, Doralin (warna kuning).

Hidupan Liar - Urutan Kejadian Kala Jengking

Credits to: - 
Gambar ihsan: email


Assalamualaikum...

Dalam entri sebelum ini, saya ada paparkan urutan kejadian anak ayam dan anak beruang panda. Masing-masing dari peringkat kuning telur dan sesudah lahir sehinggalah sempurna kejadiannya selepas ditumbuhi bulu pada badannya. 

Kali ini, saya paparkan pula urutan kejadian haiwan araknid - kala jengking.

Peringkat 'ibu mengandung'







p/s: Urutan tidak begitu terperinci

Pautan berkaitan: 
Urutan kejadian anak ayam dan anak panda.