MY FOLLOWERS

Wednesday, February 23, 2011

Paranormal - 10 Laluan Syaitan

Credits to: KOL
Gambar ihsan:Yahoo Images


Assalamualaikum...


Renungkanlah pesanan seorang hamba soleh yang dipetik daripada sebuah buku bertajuk "Apalah Ertinya Saya Menganut Agama Islam" hasil tulisan Fathi Yakan yang membicarakan tentang 10 pintu yang patut dijaga daripada gangguan syaitan laknatullah. Beliau berkata, "Ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia. Tiba-tiba ku dapati syaitan itu memasukinya dari 10 pintu:

Pertama - Tamak dan buruk sangka
Lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada-pada dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

Kedua - Cintakan hidup dan panjang angan-angan
Lantas aku hadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

Ketiga - Cintakan nikmat
Lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

Keempat - Kagum dengan diri sendiri
Lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksa.

Kelima - Memandang rendah pada orang lain dan tidak menghormati mereka.
Lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

Keenam - Hasad dengki
Lantas aku menghadapinya dengan sifat qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah.

Ketujuh - Riak dan sukakan pujian manusia
Lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kelapan - Bakhil
Lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk akan binasa sedangkan yang ada di sisi Allah kekal selamanya.

Kesembilan - Takabbur
Lantas aku menghadapinya dengan sifat tawaduk.

Kesepuluh - Tamak
Lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

Paranormal - Cara Jin Masuk Ke Dalam Badan Manusia

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Salam...


Jin adalah sejenis makhluk berbentuk udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah jin dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian mana pun. Makhluk jin diciptakan daripada zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah:

"Dan Dia telah menciptakan jin daripada lidah nyalaan api (yang tidak berasap)."
- Surah ar-Rahman: ayat 15


Dalam hal ini, Ibn Abbas berkata: "Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api."

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak. Melalui otak, dia dapat mempengaruhi bahagian mana sahaja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan daripada orang yang ahli tentang cara perubatan orang yang kerasukan jin yang memberitahu bahawa jin berada di dalam otak mereka.


Rujukan:
  1. Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Terbitan Yayasan Restu, Cetakan Kedua 2006.
  2. 300 Hadis Bimbingan, Ustaz Zahazan Mohamad, Telaga Biru Publication Sdn. Bhd.
  3. Saka - Gangguan dan Rawatan, Hanafi Rahman El-Fesfanji, Ulul Albab Management Services.

Paranormal - Sebab-sebab Jin Memasuki Badan Manusia

Credits to: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images


Salam...

Bermacam-macam bentuk gangguan jin
  • Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  • Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu daripada anggota badan seperti tangan, kaki atau lidah.
  • Gangguan yang berterusan iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang untuk suatu tempoh yang sangat lama.
  • Gangguan seketika iaitu tidak lebih daripada beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.


Di antara sebab jin memasuki badan seseorang
  • Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  • Kerana kezaliman manusia terhadap mereka seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  • Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini, jin tidak akan dapat mengganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan sangat marah, sangat takut, sangat lalai dan mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

Kadangkala terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah kerana syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta. Keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas atau membunuh mereka padahal manusia itu tidak mengetahuinya.


Di kalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak sepatutnya. Keadaan ini sebagaimana juga yang kita temui dalam kehidupan manusia yang bodoh. Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah s.w.t. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu adalah perbuatan keji yang diharamkan.


Penjelasan seperti ini perlu disampaikan kepada mereka supaya mereka mengetahui bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutuskan kepada semua makhluk manusia dan jin. Kepada mereka juga harus dijelaskan bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka, maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin daripada mereka, malah hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.


Rujukan:
  1. Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan, Terbitan Yayasan Restu, Cetakan Kedua 2006.
  2. 300 Hadis Bimbingan, Ustaz Zahazan Mohamad, Telaga Biru Publication Sdn. Bhd.
  3. Saka - Gangguan dan Rawatan, Hanafi Rahman El-Fesfanji, Ulul Albab Management Services.

Tuesday, February 22, 2011

Animasi - Devil May Cry

Credits to: Youtube, Wikipedia
Gambar ihsan: Yahoo Images


Salam...

Di kalangan peminat permainan video, Devil May Cry antara permainan yang mesti dimiliki. Siri permainan video ini dihasilkan oleh Capcom. Berikutan sambutannya yang menggalakkan sehingga dijual lebih 6 juta unit, siri animasi turut dihasilkan dan ditayangkan di saluran WOWOW TV di Jepun. Ia dihasilkan sebanyak 12 episod.



Dante, seorang pemburu syaitan menjalankan perniagaannya, Devil May Cry selain berusaha mengatasi masalah sentiasa dibebani hutang. Untuk menjalankan tugasnya, sesekali Dante juga mendapat bantuan daripada pihak lain. 


Trish, tidak sebagaimana Dante atau Lady yang menjejak syaitan, Trish berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain sebagai pemburu secara freelance. Lady seorang pemburu seperti Dante. Dia lebih banyak menghabiskan masa di pejabat Devil May Cry berbanding Trish. Memiliki skil akrobatik, selain mahir menggunakan senjata api dan bermain billiard. 



Patty Lowell pula berasal dari keturunan ahli sihir yang sangat berkuasa yang mengurung syaitan bernama Abigail. Kadangkala dia suka menghias pejabat Dante dengan riben dan permainan untuk menjadikannya lebih ceria. Seorang yang sukakan rancangan TV romantis dan satu-satunya pengaruh wanita buat Dante sewaktu ketiadaan Trish dan Lady. J.D. Morison adalah orang tengah yang mendapatkan tugasan untuk dilaksanakan oleh Dante. Selain itu, dia membantu Dante membaiki sekitar pejabatnya :-)


Monday, February 21, 2011

Kesihatan - Mengatasi Masalah Bau Badan

Credits to: White Pearl
Gambar ihsan: Yahoo Images


Salam...

*hhmmmpphh!!!*


Masalah bau badan sering menghantui kehidupan kebanyakan orang kita. Tidak kira lelaki ataupun perempuan. Keadaan akan bertambah teruk jika kita seorang yang aktif dan cepat berpeluh. Bau yang tidak menyenangkan ini bukan saja boleh menjauhkan teman-teman tetapi juga merimaskan.

Cuaca juga boleh mempengaruhi bau badan. Badan akan tambah berpeluh jika panas terik. Mengapa terjadi bau badan ini? Bau badan terjadi kerana kekacauan pada kelenjar-kelenjar. Bulu dan rambut yang lebat juga boleh menambah bau badan.



Bagaimana menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan ini?  Faktor berat badan, usia, jantina, diet dan kesihatan menjadi penentu utama bau badan begitu juga dengan jenis makanan yang diambil, menyebabkan bau badan sama dengan makanan yang diambil.

Diet amat berpengaruh begitu juga jenis makanan yang diambil. Kalau anda gemar guna bawang putih dalam masakan sudah pasti ia mempengaruhi bau badan anda. Orang yang gemar makan daging mempunyai bau badan yang lebih kuat.

Sekiranya anda ingin menghilangkan bau badan, cuba kurangkan pengambilan makanan seperti kari, daging, bawang, putih. Paling penting ambillah makanan yang seimbang dan lebihkan pengambilan buah-buahan.

Begitu juga dengan makanan yang kaya dengan lemak seperti keju, barangan tenusu dan lain-lain lagi yang mempunyai lemak berlebihan. Kekurangan protein juga boleh menyebabkan bau badan. Keadaan ini terbentuknya racun bakteria menyebabkan ia keluar melalui peluh.

Ada juga orang mengaitkan bau badan dengan sembelit. Sebenarnya ia terjadi kerana terdapat sisa makanan yang tidak lawas di dalam usus. Racun bakteria beredar di dalam darah dan diserap melalui kulit. Bagi membersihkannya elok anda mengamalkan pengambilan yogurt. Ia membantu membersihkan usus dan memulihkan keseimbangan bakteria.




Stress menyebabkan anda mengeluarkan peluh. Begitu juga dengan perubahan hormon. Bagi mereka yang menghadapi masalah ini dengan serius, elok menjaga pengambilan makanan mereka.

Panduan-panduan lain seperti jangan selalu mengamalkan makanan seperti bawang putih, susu, keju, daging, kari, kobis, petai, durian, kopi dan anggur. Lebihkan pengambilan ikan, sayuran hijau dan buah-buahan serta teh. InsyaAllah, dengan cara ini bau badan anda dapat diatasi.



Beberapa bulan yang lepas juga, Mekar terjumpa satu produk yang dapat menghilangkan bau badan. Harganya tidak sampai RM10 sekotak. Ada 3 keping tisu basah di dalamnya. Cara penggunaannya, sapu tisu basah ini di bahagian bawah lengan (selepas mandi). Lihat hasilnya selama 4-7 hari tiada bau yang kurang menyenangkan di bahagian tersebut. (Tempoh masa ini bergantung kepada metabolisme badan seseorang). Sesiapa yang berminat boleh dapatkannya di farmasi Guardian.


Sumber: Mengatasi Masalah Bau Badan

Artikel - Air Zat Wanita, Air Mani, Hormon (18SX)

Credits to: Syok
Gambar ihsan Yahoo Images


Salam...

Air zat wanita, air mani dan hormon - perlu tahu!

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks.

Air zat isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit.




Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering.

Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.

Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.

Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira.

Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.


Sumber