MY FOLLOWERS

Tuesday, August 15, 2017

Artikel - Banyak Sebabnya Bila Enjin Kepanasan....

Kredit kepada: laman Pandu Laju, Google, owner
Gambar ihsan: Owner, laman Pandu Laju


Assalamualaikum.....


Masalah berkaitan enjin memang banyak. Kalau sebutkan apa punca enjin menjadi panas pun, banyak sebabnya. Antaranya:
  • Minyak silinder atau minyak hitam enjin belum ditukar bila sampai masanya.
  • Air tidak cukup
  • Radiator tersumbat atau air dalam radiator tidak cukup
  • Kipas enjin tidak berfungsi 
  • Masalah sambungan mana-mana wayar berkaitan tercabut atau putus
  • Pengepam air (water pump) tersumbat, bocor atau rosak
  • Cylinder head gasket yang rosak atau terbakar

Bulan lalu, kereta penulis mengalami masalah yang berlarutan selepas pulang dari cuti Aidilfitri apabila enjin kepanasan dan penghawa dingin tidak berfungsi. 

Dalam artikel berkenaan kereta yang disiarkan terdahulu, enjin yang panas menyebabkan penulis terpaksa memandu pulang melalui lebuhraya dengan kelajuan setakat 60-80 km/j sepanjang perjalanan! 

Selepas suis kipas dibetulkan, penghawa dingin pula dibetulkan. Masalahnya ialah receiver dryer, expansion valve, dan penapis yang tersumbat. Untuk perbetulkannya, mekanik perlu keluarkan gas penghawa dingin dan mengisi semula minyak pemampat (compressor oil).


Keadaan penutup tangki minyak silinder selepas balik dari Bera pada cuti raya bulan lepas


Gas penghawa dingin diisi baru



Bahagian bawah sebelah penumpang depan yang dibuka



Penapis dan expansion valve yang diganti



Pun begitu, masalah yang diselesaikan ini tidak menyelesaikan masalah enjin yang kepanasan yang masih dihadapi. Sebabnya bila memandu pada kawasan berdekatan rumah atau dalam lingkungan bandar kediaman sahaja, kita tidak akan jelas dengan masalah sebenar. Perlu buat perjalanan jarak jauh baru akan tahu!

Bila semua yang dinyatakan di atas selesai tetapi enjin masih kepanasan, maka ada masalah lain.

Asalnya masalah ini dikesan ketika baru memulakan perjalanan dari Kuala Terengganu untuk ke Bera, Pahang baru-baru ini. Ketika baru masuk ke Plaza Tol Dungun melalui Kuala Berang, suhu enjin tiba-tiba naik mendadak. Disebabkan tidak mahu terus menanggung masalah ini dan risikonya, maka penulis keluar semula melalui Bukit Besi dan pulang semula ke Kuala Terengganu untuk menukar kenderaan lain dengan keluarga. Bayangkan sendiri azabnya selama sejam sebelum boleh berhentikan kereta di rumah!

Beberapa hari kemudian, bila diperiksa, didapati ada masalah berikut:
  • Radiator perlu dicuci dan diisi air - suhu naik mendadak sebab tersumbat.
  • Penyerap hentak (shock absorber) bocor 
  • Cylinder head gasket yang terbakar - sebab enjin panas
  • Brake pad yang haus
  • Pengepam air bocor

Bila tukar kereta yang satu lagi, muncul satu lagi masalah. Pada mulanya semuanya baik sahaja. Suhu enjin normal, jarum tunjukkan pada tanda meter.Maka bolehlah membuat segala macam urusan kerja seharian selama lebih seminggu. Sehinggalah, beberapa hari kemudian, selepas balik dari satu urusan, setibanya di rumah dan enjin dimatikan, jarum enjin tunjukkan suhu melebihi setengah dan dalam enjin kedengaran bunyi desiran agak panjang.

Bila enjin dihidupkan semula untuk lihat masalahnya, tambah satu hal lagi - ada bahagian salur bawah yang menyambung ke radiator yang bocor. Lubangnya halus sahaja dan ada wap yang keluar. Lagi teruk, ada bau seperti hangit sebab gasket silinder terbakar dan air dalam radiator pula kering.

Aduhh...


Ini pada permulaan


Penutup bahagian radiator. Buka penutup ini ketika enjin sejuk, dan masukkan air. 


Boleh RUJUK SINI untuk artikel lajut berkenaan ganti air dan cecair penyejuk dalam radiator.


Untuk itu, kereta ini dihantar untuk kerja top overhaul yang memakan masa lebih kurang seminggu. 




No comments: