MY FOLLOWERS

Wednesday, October 3, 2018

Artikel - High Score Challenge 2.0 Anjuran Sanrie Sport Ventures 17.8.2018 - 1.9.2018

Kredit kepada: SSV
Gambar ihsan: owner


Bersempena cuti persekolahan pertengahan semester 2 ini, Sanrie Sport Ventures telah mengadakan pertandingan memanah High Score Challenge buat kali kedua. Pertandingan ini dibuka kepada orang awam bertempat di lagun Kuala Ibai, belakang Masjid Tengku Tengah Zaharah Kuala Terengganu, iaitu tapak yang sama gerai memanah dibuka setiap hujung minggu. 

Pertandingan ini dibuka kepada orang ramai dari 17.8.2018 hingga 24.8.2018 dan dilanjutkan pada minggu berikutnya hingga 1.9.2018. 

Jika untuk kali pertama dahulu, pihak Sanrie Sport menyediakan hadiah berupa sijil penyertaan dan pingat, maka untuk kali kedua ini pihak Sanrie Sport membuat sedikit perubahan dalam format pertandingan dan juga hadiah yang disediakan. Ini bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk mencuba sukan memanah ini. 

Untuk kali ini, format pertandingan adalah seperti berikut:
Jarak: 7 meter
Peralatan: Busur dan anak panah yang disediakan oleh Sanrie Sport
Sasaran: 2 bulatan
Pusingan: 4 pusingan (1 pusingan pemanas badan, 3 pusingan untuk kutipan mata -setiap pusingan 10 panahan)
Yuran: RM10 setiap penyertaan (sijil penyertaan diberikan, sekali seorang). Boleh disertai secara individu atau bergu. 
Pemarkahan: Markah dikutip setiap pusingan. Boleh ulang penyertaan jika mahu perbaiki markah. 

Hadiah:
Johan: Piala Mini, Busur dan cenderahati
Ke-2: Pingat dan cenderahati
Ke-3: Pingat dan cenderahati
















Sepanjang pertandingan ini berlangsung, seramai 30 orang telah menyertai. Sesi penyampaian hadiah dibuat pada 1.9.2018 iaitu hari terakhir pertandingan. 

Selain itu, sewaan memanah untuk 'fun shooting' dan meja jualan barangan memanah turut dibuka seperti biasa.  

Gerai memanah ini dibuka setiap hujung minggu (Jumaat dan Sabtu) dan setiap hari sepanjang musim cuti sekolah, dari jam 3 petang hingga 7 malam.



No comments: