MY FOLLOWERS

Friday, November 18, 2016

Artikel - Keratan Akhbar Dari Perang Dunia Ke-2 Didedahkan

Kredit kepada: Yahoo News, Laman Chicago Tribune
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Peperangan Midway masih berterusan dengan sengit di Lautan Pasifik apabila pelbagai kisah didedahkan di muka depan akhbar Chicago Tribune: The U.S. Navy. Kisah peperangan ini  telah memberikan pengetahuan lebih jelas tentang apa sebenarnya rancangan tentera Jepun ketika itu.


Kisah itu diterbitkan pada 7 Jun 1942 diceritakan dengan penuh perincian dengan menyatakan kapal-kapal perang Jepun terlibat dalam peperangan dan strategi yang mereka akan gunakan. Sesiapa sahaja yang membaca laporan itu akan mendapat maklumat yang tidak dinyatakan tetapi kritikal iaitu pihak Amerika telah memecahkan kod tentera laut Jepun. Perkara itu telah mencetuskan pertikaian undang-undang yang sengit kepada pihak kerajaan persekutuan ketika itu untuk mendakwa wartawan Chicago Tribune kerana melanggar undang-undang pengintipan. Pihak pendakwa turut meminta juri agung bagi mencari indikmen jenayah.


Juri agung memutuskan untuk tidak mendakwa wartawan tersebut, tetapi untuk selama 74 tahun, testimoni yang membawa kepada keputusan itu masih kekal dirahsiakan. Kini pihak pengkaji sejarah Maryland semakin hampir untuk mendedahkan rahsia-rahsia itu, namun mereka masih akan berdepan dengan pihak lawan iaitu kerajaan persekutuan. Para peguam dari Jabatan Perundangan menegaskan bahawa undang-undang mahkamah tidak sekali-kali membenarkan pendedahan rekod sulit juri agung dengan mudah hanya kerana ia mempunyai kepentingan sejarah. Jika dibenarkan, ia akan menjejaskan dasar kerahsiaan juri agung itu sendiri. Sehingga kini, perdebatan tentang perkara itu terbukti tidak meyakinkan. Pada tahun lalu, hakim daerah persekutuan di Chicago memberi sokongan kepada penulis, Elliot Carlson, kemudian 3 panel hakim 7th U.S. Circuit Court of Appeals mengesahkan keputusan itu.


"Sejelasnya tiada kawasan kelabu di sini dan tiada sebab untuk tidak menyediakan akses kepada bahan-bahan ini." kata Jim Grossman dari American Historical Association, yang memfailkan petisyen menyokong Carlson.


Jabatan Perundangan tidak mahu memberi komen tetapi kekalahannya mungkin bukan pengakhirannya. Mereka masih boleh mendapatkan perbicaraan di mahkamah rayuan atau membawa kes ke mahkamah tinggi.  Carlson, 80, bekas wartawan akhbar yang menulis buku tentang Tribune, begitu teruja dengan gencatan senjata yang berlaku selepas 4 tahun cuba mendapatkan rekod.


Dia ada manuskrip dan masih ada bahagian terakhir untuk disiapkan dan dia mahu menyiapkannya secepat mungkin.


Banyak rahsia Perang Dunia Ke-2 kini sudah lama boleh diakses oleh pengkaji sejarah, termasuk tentang pecahan kod-kod tentera secara terperinci dan perkembangan ciptaan bom atom. Profesor Sejarah, Michael Sherry masih ingat tentang akhbar sulit yang diedarkan pekerja arkib pada 1970an kepadanya ketika itu.


Birokrasi semakin parah sejak itu, dan pengkaji sejarah sudah boleh akses dokumen yang diperlukan. Dokumen tersebut ditutup dengan selamat bagi menjamin kesulitannya. Mahkamah Agung Amerika Syarikat berkata kerahsiaan juri agung sangat penting bagi melindungi saksi yang mungkin dalam bahaya jika testimoni mereka didedahkan kepada umum dan bagi melindungi privasi mereka yang menyiasat tetapi tidak dihukum.  

Pengecualian diberikan jika ada kepentingan sejarah seperti kes pendakwaan Watergate atau Alger Hiss, bekas pegawai kerajaan dituduh sebagai perisik Soviet tetapi Jabatan Perundangan membantah kerana undang-undang mahkamah tidak menjelaskan ia sebagai alasan untuk mendedahkan dokumen juri agung dan ia tidak dibenarkan.


Usaha mendapatkan Tribune bermula selepas koresponden perang, Stanley Johnston menaiki pengangkutan tentera laut di Pasifik menemui mesej berkod yang memperincikan tentang tentera Jepun dan pergerakannya. Kapal berlabuh di San Diego pada 2 Jun 1942 dan 4 hari kemudian, berita tentang Peperangan Midway didedahkan. Pihak Tribune menerbitkan cerita tentang pengetahuan utama pihak tentera.


President Franklin D. Roosevelt, merupakan lawan politik kepada penerbit Tribune, Col. Robert R. McCormick, begitu marah. Jabatan Perundangan mengumpulkan data kes jenayah pengintipan menentang Johnston dan lain-lain meskipun ada antara peguamnya yang skeptikal.  


Sumber kupasan kisah peperangan:  (1)  SINI  |  (2)  SINI  |  



No comments: