MY FOLLOWERS

Thursday, May 19, 2011

Artikel - Bandar Berhantu Yang Sebenar (Bhgn 2)

Credits to: TheIzat, Wikipedia, SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum...


Pripyat, Ukraine

Telah berlaku suatu kemalangan nuklear paling buruk di dunia berlaku di Loji Janakuasa Nuklear Chernobyl. Peristiwa sama juga pernah berlaku sebelum itu di 3 Mile Island, Amerika Syarikat.

Bandar Chernobyl adalah sebuah bandar yang telah ditinggalkan dan dikosongkan. Semuanya gara-gara insiden kemalangan yang berlaku di Pusat Janaan Kuasa Nuklear Chernobyl pada April 1986. Seluruh alam sekitar telah tercemar dengan kesan radioaktif. Walaupun manusia telah melalui beberapa generasi, namun kesannya masih lagi tidak hilang sepenuhnya. Pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan pengosongan bandar Pripyat ini dalam masa satu hari selepas kejadian itu berlaku. Disebabkan pencemaran itu masih ada, maka sehingga ke hari ini bandar itu ditinggalkan tanpa berpenghuni seolah-olah seperti bandar berhantu, binaan yang banyak tapi tidak berpenghuni.

Ukraine bercadang untuk menjadikan lokasi bencana nuklear terburuk di dunia itu sebagai kawasan pelancongan kepada umum pada tahun depan. Zon yang dikurung sekitar Chernobyl akan dibuka dalam radius 30 batu untuk membolehkan pelancong melihat sendiri kawasan yang telah musnah akibat letupan nuklear dari kilang nuklear di Chernobyl. Selain bandar Chernobyl bakal dijadikan tempat pelancongan utama, kawasan bandar Pripyat juga bakal menerima pelancong walaupun bandar itu kini telah ditinggalkan akibat bencana yang berlaku.

Sepanjang pelancong melawat kawasan sekitar, pelancong diminta untuk bergerak dalam kumpulan demi sebagai langkah keselamatan. Wujud syarikat yang ingin menjalankan perkhidmatan melancong ke daerah larangan, namun demikian kerajaan Russia tidak membenarkannya kerana itu kawasan haram dan melawat ke kawasan tersebut tidak dapat menjamin keselamatan pelancong. Rancangan pelancongan ke kawasan ini disokong oleh pegawai PBB kerana pelancongan ke Chernobyl boleh membantu pengajaran penting dalam keselamatan nuklear.


Anatoly Stepanovich Dyatlov (gambar, 3 Mar 1931 - 13 Disember 1995) adalah wakil ketua jurutera dari Pembangunan Elektrik Tenaga Nuklear Chernobyl dan pengawas eksperimen yang mengakibatkan
bencana Chernobyl. Dyatlov lahir pada tahun 1931 di Krasnoyarsk Krai, Russia (dahulu Kesatuan Soviet). Pada tahun 1959, beliau lulus dari Institut Teknik Fisikak Moscow. Setelah lulus, dia bekerja di kilang pembuatan kapal di Komsomolsk-on-Amur, memasang reaktor ke kapal selam. Pada tahun 1973 dia berpindah ke Prypiat, Ukraine untuk bekerja di loji nuklear Chernobyl yang baru dibina, Power Plant.
Pada tarikh 26 April 1986, Dyatlov mengawasi ujian di reaktor 4 PLTN, yang mengakibatkan loji nuklear itu mengalami kemalangan terburuk dalam sejarah. Pada tahun 1987 dia didapati bersalah "untuk kesalahan pengurusan jenayah daripada syarikat di mana letupan boleh berlaku" dan dihukum sepuluh tahun penjara. Dia dibebaskan selepas lima tahun.


Sejarah Ringkas Stesen Janakuasa
  • Dibina atas sebab keperluan tenaga elektrik yang tinggi.
  • Ukraine pada ketika itu di bawah pemerintahan Soviet Union (sehingga 1991).
  • Janaelektrik nuklear dipilih kerana Ukraine mempunyai lambakan uranium berbanding arang dan minyak
  • Stesen dibina di bandar Pripyat kerana lebih hampir dengan penempatan pekerja dan keluarga mereka

Punca letupan

Kegagalan ujian untuk mengenalpasti kesan apabila reaktor digerakkan pada tenaga yang rendah



Sejak dari peristiwa itu, model reaktor ini tidak lagi digunakan

Sistem reaktor

- dinamakan RBMK Reactor, (Reaktor Bolshoy Moshchnosty Kanalny)
- satu-satunya reaktor yang menggunakan air sebagai penyejuk dan grafit sebagai moderator
- prinsip rekaan diambil daripada reaktor yang menghasilkan plutonium
- Rusia menggunakannya sebagai reaktor tenaga dan menghasilkan plutonium

Sumber (KLIK SINI)

KLIK SINI untuk ke pautan sebelumnya.

2 comments:

Waibee's said...

nice info!

Alin said...

biasalah kwnsn yg tiada manusia tggl :(