MY FOLLOWERS

Monday, December 6, 2010

Sekadar Luahan - Selamat Tinggal Kerjaku...

Kredit kepada:
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

iQuit  (Err..perkataan kurang menyenangkan... hehehe)


Saya sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya. Semoga pembaca dan pengikut memahaminya. Jika ada pendapat bernas untuk dikongsikan, sila tinggalkan di ruangan komen.

Saya memulakan tugas di syarikat kontraktor ini pada bulan Mac 2010 dan diberikan jawatan sebagai Jurutera Mekanikal & Elektrikal (M & E Engineer) sebagaimana yang tertulis di atas surat lantikan. Segala kerja berkaitan tuntutan bayaran projek untuk kontraktor, menghantar borang A (TNB), membayar bil-bil berkaitan, urusan surat-menyurat serta urusan bank adalah di bawah tanggungjawab saya. Gaji yang ditawarkan adalah RM1000.00, juga ada dinyatakan di dalam surat lantikan ketika mula-mula dilantik. Jawatan ini diberikan berikutan kelulusan ijazah yang saya miliki. Walhal, jika diteliti dari skop tugas, kerani juga boleh melakukan tugas saya ini. (Sebab inilah jika saya mengisi borang permohonan kerja di tempat lain, saya tidak akan menulis ruangan jawatan sebagai Jurutera sebaliknya Kerani Kontraktor)

Selang beberapa bulan bertugas, sedikit demi sedikit cerita yang kurang enak dibuka. Ini termasuklah berkaitan syarikat ini dan tugas yang saya pikul melalui jawatan yang disandang ini.


Apa ceritanya?

Jika seseorang memegang jawatan selaku Jurutera, pastinya terbayang di fikiran mengenai gaji yang ditawarkan serta keadaan taraf hidup yang lebih baik. Malangnya, gaji RM1000 yang ditawarkan ini tidak seperti yang diharapkan. Sejurus mendapat gaji pertama, saya mula tertanya-tanya: 
  1. Kenapa penyata gaji sekadar dicetak dengan kertas biasa tidak seperti penyata gaji syarikat sebenar? 
  2. Kenapa gaji tetap (basic salary) dinyatakan adalah RM800 dan bukan RM1000? Sebaliknya, gaji RM1000 ini adalah termasuk jumlah kerja lebih masa yang dilakukan. Maknanya, jika tidak mencapai sejumlah waktu lebih masa (kira sendiri) yang secukupnya, maka gaji tidak akan mencapai RM1000 itu. 
  3. Kenapa di atas penyata gaji dinyatakan kadar bayaran sejam (rate per hour)?

Persoalan ini terjawab sekitar bulan Jun yang lalu apabila salah seorang staf di sini menyatakan mengenai undang-undang berkaitan kontraktor. Sekiranya dalam penyata ada dinyatakan bayaran per jam, maka pendapatan itu tidak dinamakan gaji tetapi UPAH! Kiranya sepanjang saya (juga staf lain) bekerja di sini, hanyalah setaraf kuli sahaja! Kelulusan ijazah tidak ada sebarang makna di sini asalkan boleh bekerja. Dengan kaedah pembayaran gaji sebegini (upah), pengurus syarikat ini (bos) boleh membuang pekerja pada bila-bila masa jika didapati tidak memuaskan. Tidak perlu khuatir dengan sebarang tindakan undang-undang. Sekiranya dibayar dengan kadar GAJI yang betul dan bukan UPAH, jika berlaku perkara yang tidak diingini ke atas syarikat, maka pengurus bakal berdepan dengan tindakan saman oleh pihak berkaitan. Ini sebagaimana yang pernah berlaku ke atas syarikat lain di sini sehingga diisytihar muflis.Staf yang lain juga dibayar gaji/upah bawah RM1000. Ada yang hanya dibayar RM600 atau RM700.




Bukan setakat itu, sepanjang saya berurusan dengan bank untuk sebarang urusan bayaran, ada di antara bil-bil yang diselitkan bersama bil syarikat adalah bil-bil peribadi. Bagi urusan cek, adakalanya saya tidak menyedari cek yang diberikan ada yang membawa jumlah sehingga ratusan ribu!

Ada staf lama yang menyatakan syarikat tidak memberikan bonus tahunan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Jauh sekali menaikkan gaji. Setiap kali mesyuarat, akan kedengaranlah jurutera kami yang lain memohon intensif (kenaikan gaji) kepada mana-mana staf yang sudah berkhidmat lama.

Sebenarnya banyak lagi kisahnya dan masalah dalamannya, tetapi memadailah diceritakan setakat ini untuk memberikan gambaran mengenai syarikat ini.


Kecewa? Terkilan?

Ya, bukan saya sahaja malah jurutera yang lain juga begitu. Pernah diceritakan oleh salah seorang daripada 3 jurutera di sini, sewaktu menghadiri satu mesyuarat di Putrajaya, dia ditanya mengenai tugas dan bayaran yang diterima. Alangkah terkejutnya yang bertanya apabila diberitahu gaji yang diterima. Seakan tidak percaya, yang bertanya memberitahu jika jurutera kami ini dengan pengalaman yang ada sekarang ini, bertugas di Kuala Lumpur atau Putrajaya, pastinya gaji setinggi RM5000-RM6000. Bayangkanlah sendiri perbezaan yang begitu ketara!

Banyak projek besar dikendalikan. Dari kelas I hingga kelas IV, tetapi syarikat menyatakan tidak mampu membayar bonus tahunan atau menaikkan gaji/upah kakitangan. Jadi, saya terfikir ke mana agaknya semua pendapatan bersih syarikat apabila sudah ditolak pembayaran gaji pekerja, hutang, bil, dll.?

Menjelang hujung tahun ini, saya sendiri juga turut sibuk, bukan setakat dengan tugas di pejabat tetapi dengan permohonan kerja lain, urusan keluarga, dan projek-projek lain. Kedatangan saya ke pejabat juga sedikit tidak menentu, adakalanya awal, adakalanya lewat. Pernah juga tidak hadir :-D 


 Gambar hiasan


Di pihak syarikat pula, pada awal bulan lepas, pengurus sudah menyatakan jawatan yang saya pegang kini akan ditutup pada hujung tahun ini dan saya telah diberikan surat notis berkaitan hal ini. Tugas saya juga kini semakin kurang dan telah banyak diserahkan pada pihak lain. JADI, PADA PAGI INI SAYA TELAH MENYERAHKAN SURAT PERLETAKAN JAWATAN SELAKU JURUTERA MEKANIKAL & ELEKTRIKAL berkuatkuasa Khamis ini.

Banyak lagi peluang untuk disambar...

18 comments:

miss miera said...

banyakkan bersabar k awak...
:))

nohfee said...

hilang satu, lain berganti. =)

THE GREEN said...

miera: huhuhuhu.... T___T"

nohfee: byk lg keje yg sedang mengejar....

Fadzli Amir said...

jadikan pengajaran dan pengalaman apa yang ko dah lalui...banyak lagi peluang kerja yang lain kat luar sana..jangan putus asa....aku dulu masa memula kerja pun rasa terkilan sebab gaji tersangatlah kurang berbanding jawatan dan kelayakan ( sedangkan member yang lepas SPM yang terus kerja kilang bergaji besar dan dah berkahwin beranak-pinak, kita yang belajar tinggi2 hanya bergaji sikit )...macam ko la, sapa sangka engineer hanya bergaji RM1K!!!...Tapi macam aku cakap, jadikan pengalaman tu tuk majukan diri lagi masa akan datang...masa yang kita nanti2kan akan datang bak kata pepatah berakit2 kehulu berenang2 ketepian, bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian...sorry panjang lak komen...

Unknown said...

salam blade..rezeki ada dimana2..kuatkan semangat..ok?

IMANSHAH said...

salam terima kasih berkunjung ke Hok sengoti..kunjungan semula untuk tuan tanah.

Ada hikmah di sebalik setiap kejadian, banyak bersabar.

ALlah hilangkan matahari, lalu dia hadirkan guruh dan kilat sabung menyabung. Lalu kita menangis..Rupa2nya dia nak hadiahkan kita pelangi

Liana Azmi said...

Sekiranya dalam penyata ada dinyatakan bayaran per jam, maka pendapatan itu tidak dinamakan gaji tetapi UPAH!

kenapa frasa nie dterangkan after org tu bekerja dekat company tu?sepatut nya b4 die jadi staff dekat situ he should be noticed regard this kan?

Prince Halilintar said...

satu tindakan sgt bijak bila u dah taw tidak berbaloi keje yang u buat dgn gaji yg diberi..banyak lagi keje yg u ley dapat lebih dari itu..

Unknown said...

letak jawatan...harap ade kerjaya lebih baik menanti :)

xde shoutmix di sini..tinggal jejak yer :)

Wahidah said...

satu langkah yg terbaek..insyaAllah rezeki Allah luas..

gud luck hunting new job kay..:)

hunnys~ said...

salam ziarah,,
=D



p/s: awk berhak dapat y lebey baik,,

ana ayesha said...

balas kunjungan

saya amat menyukai staf yg boleh buat pelbagai tugas (multi purpose) dr sekecil2 tugas (byr bil/draf surat) hingga sebesar2 tugas (tugas sebagai jurutera.

dlm sek perkhidmatann awam jika dibyr gaji hari/kiraan jam dikategorikan sbg pekerja kontrak yg bekerja utk tempoh tertentu

apa yg anda lalui adalah asam garam kehidupan. jadikan ia sbg ilmu yg berguna utk bersaing bg mendapatkan kerja yg lebih baik

ILA HonEyBuNNy said...

sabar banyak2....salam maal hijrah...

Ain Atika Zailani said...

banyakkan bersabar ye...mgkin rezeki awak yang lain..=)

Azizah Omar said...

salam. visit back. btw, tengs :)

Unknown said...

good decision...

nabilah_2908 said...

hmm..sy pun baru dlm dunia pekerjaan ni..tapi selaku jurutera...gaji hnya 1000...mmg tk muna sabah...

betul la tindakkan BE berhnti kerja...sebaiknya sebelum berhenti..

tkpe la..jadikan ini semua panduan tuk masa depan..

wish u all the best... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
DIY BLOG TEMPLATE

Cik Anita said...

salam.
sedih pulak bila baca entri ni. InsyaAllah ada banyak lagi peluang lain kat luar sana. Patah tumbuh hilang berganti pepatahnya.

:)

cabaran ada kat mana-mana, cuma diri kita je yang kena kuat. insyaAllah.