MY FOLLOWERS

Monday, March 1, 2010

WAKE UP PROJECT & PEACE WALLPAPER

Credits to: website, efairy (blog closed), bloggers, FOM Crew, MO, Kumandie, JTR




Di sini saya kongsikan dengan anda laman web, barangkali kandungannya berkisarkan kesedaran dan keinsafan kita berikutan apa yang berlaku di sekeliling kita hari ini. Saya tak tahu macam mana mahu dijelaskan. Apa yang boleh saya nyatakan hanyalah dalam bentuk persoalan seperti:

  • Sedarkah kita semua yang kita semakin menghampiri kiamat? Sebagaimana kita sering diperingatkan setiap hari umur kita meningkat; maka semakin dekatlah kita dengan kematian.
  • Sedarkah kita bahawa ada pihak lain di luar sana merancang menakluki dunia dan melalaikan manusia dengan hiburan, bisnes, serta hal-hal duniawi agar apa yang dirancang menjadi kenyataan di akhir zaman?
  • Sedarkah kita saban hari berada di bawah kawalan mereka (seperti puppet) dan mereka bertindak seolah-olah Tuhan yang cuba mengatur tindak tanduk kita agar segalanya berjalan seperti yang mereka rancang?
  • Sedarkah kita semua apakah sebenarnya rancangan pihak di luar sana dari sudut agama dan spiritual?
  • Sedarkah kita semua peperangan di akhir zaman nanti adalah peperangan antara agama?
  • Siapakah pihak lain yang dimaksudkan?



Mungkin maklumat dan video di laman web ini boleh memberikan jawapan yang anda cari. Anda juga boleh membaca post dari blog-blog lain yang masih aktif. Di sini saya sarankan anda boleh ke Panji Hitam, MO, Bahtera, Jejak Rasul, dan beberapa lagi blog yang diikuti oleh blog berkenaan. Anda boleh lihat pada menu sebelah kanan atau kiri blog tersebut.

Di bawah ini saya kongsikan juga satu wallpaper yang saya dapat dari blog berkenaan. Agak comel dan menarik.Terima kasih kepada FOM Crew dan Kumandie.



COMEL TAK SAYA??  :-)

No comments: