MY FOLLOWERS

Monday, March 22, 2010

ADAB MEMOTONG KUKU

Credits to: -


Islam mengajar adab dan adat dalam pelbagai aspek kehidupan. Sebagaimana umum sedia mengetahui, Islam itu agama sejagat, atau dengan kata lain; UNIVERSAL. Dari sebesar-besar aspek politik dan ketenteraan sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti memotong kuku.

Tahukah anda bagaimana caranya memotong kuku dengan betul menurut Islam? Di sini saya tuliskan kaedahnya untuk panduan anda. (Opps.. saya tidak reka kaedah ini, tetapi mengambil dari sumber rujukan lain.)




BAHAGIAN KUKU TANGAN

  1. Dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking dan akhirnya barulah ibu jari tangan.
  2. Seterusnya jari kelingking tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk, dan ibu jari tangan kiri. Rujuk gambar di atas.

BAHAGIAN KUKU KAKI

Dimulakan dengan jari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehingga jari kelingking kaki kiri seperti nombor yang dituliskan dalam gambar di atas.


DOA KETIKA MEMOTONG KUKU

Saidina Ja'far r.a. berkata: "Barangsiapa mengerat atau memotong kuku dan misainya pada tiap-tiap hari Jumaat dan berkata ketika mengeratnya:




Tiada gugur yang dikerat itu melainkan dengannya pahala memerdekakan seorang sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati."


HARI-HARI YANG DISUNATKAN MEMOTONG KUKU

Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w.  bersabda: "Barangsiapa memotong atau mengerat kuku pada hari

  • SABTU - Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)
  • AHAD - Hilang berkah
  • ISNIN - Mempusakai alim Fadhil (orang yang berilmu dan mempunyai kelebihan)
  • SELASA - Mempusakai kebinasaan
  • RABU - Mempusakai jahat perangai
  • KHAMIS - Mempusakai kaya
  • JUMAAT - Mempusakai ilmu dan lemah lembut."

RUJUKAN:

Dipetik dari kitab AL-JAUHARUL MAUHUB WA MUNABBAHATUL QULUB, Juz Pertama
Terbitan Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam
Dicetak oleh Jabatan Percetakan Kerajaan, Kementerian Undang-undang, Negara Brunei Darussalam

No comments: