MY FOLLOWERS

Tuesday, May 3, 2016

Artikel - Berlian Ungu Yang Jarang Ditemui

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....



Sejenis berlian ungu yang jarang ditemui dan paling besar ditemui di lombong Argyle di kawasan terpencil Australia, bakal menjadi satu tarikan di pameran berlian merah jambu tahunan Rio Tinto. 

Berlian ini ditemui pada Ogos 2015 di lombong yang menghasilkan 90% berlian merah jambu dan merah dengan berat 9.17 karat yang mempunyai etching, lubang dan rekahan. Selepas digilap, berlian berlian Argyle Violet ini mempunyai berat 2.83 karat dan berbentuk bujur. 

Rio Tinto tidak meletakkan nilai harganya, namun ia telah dinilai oleh Gemological Institute of America dengan gred warnanya.  

Tidak diketahui bagaimana berlian mendapat warnyanya tetapi mungkin datang daripada pemecahan struktur molekul disebabkan ia terbentuk dalam kerak bumi atau sebelum ia timbul ke permukaan.   

Untuk jualan sebagai sebahagian daripada lelongan tahunannya, ia boleh mencecah sehingga USD$1.2 juta per karat.

Berlian merah dan merah jambu bernilai 50 kali lebih daripada berlian putih. Rio Tinto berkata berlian ungu ini sangat jarang ditemui dengan hanya 12 karat digilap dan dibuka untuk lelongan dalam tempoh 32 tahun.  




Sumber kilauan permata:  SINI  |     


No comments: