MY FOLLOWERS

Wednesday, April 15, 2015

Berita - Karnival Pendidikan Mara di (TTC) pada 8-9.4.2015

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Karnival Pendidikan Mara diadakan lagi di Terengganu Trade Center (TTC) pada 8-9.4.2015 yang lalu. Pelbagai IPT dari seluruh tanah air membuka gerai masing-masing di karnival selama 2 hari ini bagi memberi peluang kepada lepasan SPM dan pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat sijil, diploma dan ijazah dalam bidang-bidang yang ditawarkan seperti perkapalan, pengurusan perniagaan, pelbagai bidang kejuruteraan, kejururawatan, dan lain-lain. Antara badan yang membuka gerai ialah German-Malaysian Institute (GMI), UniKL, Unisel, MSU, ICT, KPJ Healthcare, Mara, MRSM, TatiUC, GiatMara, AKPK dan ramai lagi.










Karnival ini dibuka kepada pengunjung dari jam 10 pagi hingga 6 petang sepanjang hari ia berlangsung.