MY FOLLOWERS

Monday, May 28, 2012

Sekadar Luahan - Jangan Pergunakan Maklumat Orang LAin Sesuka Hati!

Kredit kepada: HH
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum...



Tidakkah anda berasa kasihan dan malu kepada individu yang anda gunakan wajahnya tanpa kebenaran semata-mata untuk melariskan produk yang dijual oleh syarikat anda? Lebih-lebih lagi produk berkenaan berkait rapat dengan perihal 'dalam kain' dan rumah tangga? Bukan setakat menjatuhkan namanya malah tindakan sebegini mungkin memalukan si empunya diri. 

Dalam sesebuah bisnes, anda tidak boleh menggunakan wajah individu itu secara sembarangan kerana perlu ada kebenaran daripada si empunya diri beserta kontrak berkaitan.

Lihat contohnya DI SINI.

Kepada mana-mana pihak terutama yang terlibat dalam sebarang bisnes produk, hentikanlah daripada menggunakan wajah mana-mana individu atau artis sebagai ikon pelaris produk anda. Jika syarikat anda didapati bersalah dan tindakan diambil oleh pihak yang terbabit, maka hukuman menanti anda.

Buat Fatin Liyana, sekiranya anda terbaca tulisan ini, penulis sangat bersimpati dengan apa yang berlaku atas diri anda.

1 comment:

Kaki Wayang said...

Betul tu..dan terima kasih atas kredit anda..semakin hari semakin bahaya kan..hati2 kepada mereka yang suka amik gambar dan letak dalam FB atau mana-mana..semuanya boleh dieksploitasi..