Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum.....
Penulis terbaca artikel ini yang dikongsikan di laman Facebook. Kisah ini boleh diambil pengajaran membuktikan betapa Allah itu berkuasa dalam menjadikan sesuatu dari tiada kepada ada, dan dari tidak wujud kepada wujud. Dari sudut pemikiran manusia, mungkin apa yang berlaku disifatkan sebagai mustahil namun di sisi Allah, tiada apa yang mustahil. Semuanya boleh sahaja berlaku dengan kekuasaanNya...
Seorang pemuda tentera yang berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya Allah. Seorang Kapten yang berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kepada kalangan tentera yang lain. Kapten tersebut memanggil beliau untuk mengambil kunci jip askar untuk dialihkan kedudukannya ke tempat yang disediakan. Jawab pemuda itu, "Saya tidak boleh memandu, kapten" kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dalam memandu jip yang canggih tersebut. Kapten tersebut berkata, "Kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak" Lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada Allah s.w.t. Ketika beliau sedang berjalan menghampiri jip tersebut, dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan jip tersebut ke tempat asalnya lalu beliau mematikan enjin jip tersebut.
Pemuda itu keluar dari jip tersebut dengan perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu jip secanggih itu walaupun hanya beberapa meter sahaja pergerakan yang dilakukan. Selepas keluar dari jip tersebut, kelihatan kapten dan tentera yang lain menangis kesemuanya. Lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KEPADA TUHAN KAMU!!"
Pemuda tersebut berasa hairan, lalu Kapten yang menyuruh pemuda itu mengalihkan jip tersebut membuka hud jip tersebut dan menunjukkan kepada pemuda itu bahawa jip tersebut tidak mempunyai enjin.... MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA... Melutut pemuda tersebut bersama tentera yang lain bersujud kepada ALLAH S.W.T...PEMUDA ITU BERKATA, "Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud..."
Sumber asal: Facebook
Renungkan..
No comments:
Post a Comment