MY FOLLOWERS

Saturday, September 1, 2018

Kesihatan - Vape Merosakkan Sistem Peparu

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....

Bukan merokok sahaja yang merosakkan peparu, vape atau rokok elektronik juga sama.

Perbuatan menghisap vape atau vaping turut merosakkan peparu. Menurut satu kajian, perbuatan ini menjejaskan sistem pembersihan peparu dan boleh mengakibatkan penyakit kronik.





Penghisap rokok elektronik mungkin mendedahkan diri mereka kepada risiko penyakit peparu. Ini sebagai dapatan daripada satu kajian yang menunjukkan bagaimana cecair yang digunakan boleh mencacatkan kebolehan sistem imun badan untuk membersihkan peparu dan menghalang pembentukan bahan kimia berbahaya kepada tubuh. 

Satu kajian dari Universiti Birmingham mendapati cecair bercampur nikotin yang digunakan dalam rokok elektronik akan menjadi pembunuh sel yang berbahaya apabila ia menguwap.

Banyak kajian ke atas keselamatan rokok elektronik melihat kimia dalam cecair sebelum ia tersejat dengan haba, menyebabkan risikonya dipandang rendah. 

Penulisnya menekankan rokok elektronik masih mempunyai risiko rendah terhadap kanser peparu berbanding produk tembakau, namun mengatakan aduan keselamatan oleh pengeluar mungkin sering dilihat berlebihan ketika kesan jangka panjangnya masih belum diketahui sepenuhnya.  

"Ia lebih selamat dari sudut risiko kanser, tetapi jika anda menghisapnya selama 20 atau 30 tahun, ia akan menyebabkan COPD (chronic obstructive pulmonary disease), dan itu sesuatu yang kita perlu ambil tahu." kata ketua penulis Professor David Thickett.

"Saya tidak percaya rokok elektronik lebih berbahaya berbanding rokok biasa tetapi kita masih perlu skeptikal yang ia selamat sebagaimana kita disuruh percaya." 

Untuk kajiannya yang dijalankan di makmal dengan sel manusia dan diterbitkan dalam jurnal kumpulan BMJ iaitu Thorax, pasukan kajiannya mendapati sesetengah bahayanya menyamai rokok tembakau. 

Menggunakan sel-sel peparu yang diekstrak daripada sukarelawan yang sihat yang tidak pernah merokok, mereka menguji kesan cecair rokok elektronik, sebelum dan selepas ia menguwap, dengan nikotin atau tanpa nikotin. 

Kajian bertumpu kepada kesan ke atas sel-sel darah putih yang penting (alveolar macrophages) yang mengawal lubang udara kecil dalam peparu dan menghalang serta memecahkan habuk, bakteria dan partikel lain yang boleh menyebabkan kerosakan. 

Selepas pendedahan selama 24 jam kepada pelbagai jenis cecair, pasukannya mendapati kesan paling besar dalam cecair yang terwap dan tersejat ialah ia meniru cara ia terbentuk dalam peparu. 

Jumlah makrofaj yang masih boleh berfungsi telah berkurang secara signifikan selepas ia terdedah kepada cecair yang teruwap dan kesan ini juga dilihat dalam cecair, sama ada dengan atau tanpa nikotin. Sel-sel ini kurang berkemampuan untuk menghalang bakteria, proses ini dinamakan phagocytosis, menyebabkan penghisapnya mengalami jangkitan peparu secara berulang dan menjadikannya semakin susah untuk dirawat. 


"Yang pentingnya, mendedahkan makrofaj kepada cecair teruwap meningkatkan perubahan kepada kebanyakan fungsi dan selular yang sama dalam fungsi makrofaj alveolar, seperti yang dilihat dalam perokok biasa dan pesakit COPD." kata penulisnya. 

Dalam semua peringkat kepekatan cecair yang teruwap dan tersejat adalah lebih toksik berbanding dalam keadaan tidak vape, dan ia menyebabkan kematian sel dan nekrosis (kematian banyak atau semua sel dalam organ atau tisu disebabkan kecederaan atau kegagalan bekalan darah) dalam kepekatan yang rendah. 

Ia juga menyebabkan peningkatan tahap pengoksidaan sebanyak 50 kali ganda bagi radikal bebas dan kimia yang menjadi punca inflamasi, dalam jangka panjang akan menyebabkan penyakit kronik. 

:Kajian ini menyediakan bukti lanjut yang mengatasi pandangan bahawa vaping hanya memberikan risiko yang sedikit." kata Professor Jonathan Grigg, pakar respiratori kanak-kanak di Queen Mary University of London yang tidak terlibat dalam kajian. 

"Hujah mengatakan vaping lebih baik daripada merokok, maka kesannya kepada sel-sel peparu tidak penting."


Walaubagaimanapun, ahli akademik lain berkata walaupun banyak bukti menunjukkan rokok elektronik ada kesan jangka panjang ke atas kesihatan, ia lebih baik daripada rokok biasa. 

"Kebenarannya ialah merokok boleh membunuh, dan perokok yang beralih sepenuhnya kepada rokok elektronik mengurangkan kemungkinan kematian pramatang dan kecacatan dengan ketara." kata Professor John Britton, pengarah UK Centre for Tobacco and Alcohol Studies.



Rokok apa pun tetap bahaya: KLIK SINI  |    




No comments: