MY FOLLOWERS

Friday, September 14, 2012

Artikel - Angullia Beach Resort, Marang

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum....


Tempat percutian ini ialah Angullia Beach Resort terletak di kawasan Marang, Terengganu. Perjalanan sekitar 20 minit dari bandar Kuala Terengganu.

Jika anda datang dari arah Kuala Terengganu, anda perlu teruskannya sehingga tiba di kawasan lampu isyarat simpang empat berdekatan dengan replika sotong dan haiwan laut. Dari situ, jika anda terus belok ke kiri anda akan tiba di pasar Marang, manakala jika ke kanan anda akan melalui kawasan Perpustakaan Awam Marang. Anda perlu teruskan sahaja perjalanan anda melepasi pejabat Risda (ada di sebelah kanan jalan, bangunan berwarna kuning peach), stesen minyak Petronas dan pasaraya Xiri (juga di sebelah kanan jalan) sehingga melalui jambatan berdekatan jeti Marang (di sebelah kiri jalan). Apabila di sini, perlahankan kenderaan anda kerana sudah hampir tiba di destinasi. (Jika anda terlajak atau terlepas simpang ini, anda akan terus menghala ke pantai Kelulut seterusnya ke Marang Village Resort pula!) Selepas jambatan, anda akan menemui satu papan tanda kecil berwarna merah di sebelah kiri dan masuk ke simpang berkenaan. Kawasan pintu masuk resort ini agak tersorok sedikit dan di sekelilingnya adalah kawasan perkampungan. Usah risau kerana di situ ada papan tanda bagi memudahkan anda masuk ke bahagian Reception.

Antara kemudahan yang ada di sini ialah chalet penginapan termasuk asrama dua tingkat, beberapa blok musolla, kafe, pondok rehat, dewan, kedai runcit, tempat barbekiu, rumah rehat serta taman permainan. Sambil menikmati percutian yang menenangkan, anda juga boleh mandi-manda di kawasan pantainya.









Kawasan resort ini bukan sahaja sesuai sebagai destinasi percutian, malah juga sesuai pelbagai acara seperti hari keluarga, sukaneka, bengkel dan seminar. Untuk maklumat lanjut berkenaan harga bilik, tempahan, serta kemudahan, anda boleh ke laman webnya DI SINI.


Enjoy!




1 comment:

Unknown said...

bestnye..da lme xholiday kt tmpt cmnih